Tu lah. Gatal tangan lagi gi tukar. Padan muka. Dah pening kepala...huhuhu...Sebab ada baca kat mana ntah yang Follower Google Friend Connect ni akan ditutup. Tak tau lah sejauh mana kesahihannya kan. So...mak pon gigihlah buka account Google+ nih. Pastu dah terkial².
Benda dah lepas, nak buat macam mana kan. Boleh tukar kepada yang lama balik ker? Kalau boleh macam mana yer? Apa² pon, pada yang dah ada Google+ tu, sudi² lah follow saya di Google+ Follower tu yer. Mekasih
Note: Alaaaaa...Wan Zack Haikal digugurkan ahad nih sebab kecederaan. Semoga Harimau Malaya menang lagi.
Tu dia. Banyak juga saya merapu meraban dalam blog ni yer. Macam tak caya jer...hahaha...Kebetulan plak entry yang ker 999 nih bertajuk:
Note: Arghhhhh...frust. Tak dapat gi Big Bad Wolf Book hari ni...uuwwaaaa...
Dah bersedia ker nak membaca? Tak terbayang² ker? Hari ni Khamis malam Jumaat tau? Tak takut ker?...ekekeke...Apsal orang kaitkan malam jumaat dengan citer² seram? Tak faham mak noks. Ok..ok...berbalik kepada cerita. Kisahnya...
Sebelum tu nak tanya. Budak 5 tahun still boleh nampak benda² halus ni ker? Selalunya budak tak pandai menipu kan? Takkan budak 5 tahun nak menipu kot kan. Kelmarin (Selasa), masa on the way nak balik umah. Anak bujang mula bercerita:
Kimi: Ibu, semalam (isnin) kita nampak hantu.
Ibu: Ha...betul ker ni?
Kimi: Betul...kita nampak hantu.
Ibu: Ibu kat mana? Abah?
Kimi: Ibu tido *tgh Bf qhalif, terlelap jap*. Abah tak balik lagi
Ibu: Nampak kat mana?
Kimi: Kita nak minum air kat dapur. Nampak hantu tengah makan
Ibu: *dah tergelak tapi hati gabra* Haaaa...hantu tu makan apa?
Kimi: Hantu tu makan benda kotor
Ibu: Benda kotor? Sampah ker?
Kimi: Ha'ah...dia tengah makan sampah
Ibu: Hantu tu pakai baju warna apa?
Kimi: Merah...erk...bukan merah. Baju warna putih
Ibu: Rambut dia? Muka dia macam mana?
Kimi: Rambut dia panjang. Kita tak nampak muka sebab dia kat belakang *membelakangkan*
Ibu: Hantu tu makan sampah kat pintu dapur tu ker?
Kimi: Ha'ah. Lepas tu tiba² dia kat belakang kita pastu dia hilang
Ibu: Haaaaa...
Pastu pagi tu abah dia tanya lagi...'betul ker kimi nampak hantu?'...'betul, tapi pagi dia tak der, dia ada malam jer'. Kami dah berpandangan.
KO rasa nak fengsan ker apa bila anak cakap macam tu. Tu baru on the way nak balik. Kalau dah ada kat rumah dia citer? Mau saya duduk jer kat ruang tamu tak gerak mana². Meremang segala bulu yang ada noks. Dah lah saya ni penakut. Patutlah bebudak ni takut jer nak gi dapur. Jgn kata dapur, masuk bilik sesorang pon takut...apakah????
Ada satu malam tu lagi lah. Dalam bilik kedua. Saya tengah susukan qhalif. Qahirah tgh tunggu turn dia lah kan. Dia asyik merenung kat tingkap. Saya tanya 'qahirah tengok apa?' dia reply...'tu...hantu'...Ya! allah...berderau darah mak noks. Sebelum ni anak dara tu seorang yang berani tau. Lampu bilik atau dapur tutup pon dia bley masuk lagi. Tapi lately nak gi dapur takut, nak masuk bilik pon takut. Ajak teman. Kekadang kalau dia tengah makan. Dia macam ada pelawa 'seseorang' ...'nak..nak..'. Saya tanya 'qahirah cakap dengan siapa?' 'dengan kakak'. Uwaaaaaaaa...seram lah wei. Tengah menaip ni pon rasa meremang.
Tak nak fikir sangat pasal kewujudan makhluk tu. Saya pon selalu pesan kat kimi. 'Kita kena takut dengan ALLAH, tak boleh takut dengan hantu'. Pesanan buat diri sendiri pon iyer gak nih.
Note: Minta dijauhkan dari perkara² yang tak di ingini. Semoga keluarga kita sentiasa di bawah lindunganNYA.