MAHA International & HPPNK 2012
Tarikh : 23 Nov - 2 Dis 2012
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat : Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor
Tema : Transformasi Pertanian Melalui Inovasi
Portal Rasmi: www.maha.gov.my
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat : Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor
Tema : Transformasi Pertanian Melalui Inovasi
Portal Rasmi: www.maha.gov.my
Kalau tak der aktiviti hunjung minggu nih bley lah ke sini. Tapi kena gi pepagi. Mesti ramai sangat orang. Macam saya tak bley lah nak gi tempat² macam nih. Dengan anak yang berderet tu. Teringin gak nak gi. Tapi kena tunggu anak² beso sket. Tapak pameran plak memang luas. Masa on the way balik memang nampak khemah² berderet.Bley klik SINI kalau nak tengok brochure.
Note: Habislah minggu ni dan minggu depan. Mengadap jalan yang sesak lah gara² MAHA nampaknya. Sebab hari² lalu highway nih...huhuhu...
"Ya Allah,selamatkanlah saudara seagama kami di Palestin dan bebaskanlah mereka dari cengkaman zionis laknatullah.....Ya Allah,berilah kekuatan kepada saudara mara kami serta satukanlah hati-hati pemimpin negara-negara Arab dan Negara Islam yang lain untuk membantu Palestin.....Hancurkanlah Zionis Laknatullah......Amin Ya Allah...."
"Ya Allah,Kau berilah kekuatan dan kesabaran kepada saudara kami di Gaza..Kau lontarkanlah didalam dada saudara kami keberanian Saidina Umar Al-Khatab,kehebatan Khalid Al-Walid dan kemenangan Salahuddin Al-Ayubi...Kau lontarkan ketakutan didada musuh kami sehingga mereka berlari katakutan...
Amin Ya Allah..."
Terlalu hebat dugaan buat saudara² kita di sana. Tapi yang pasti...SYURGA menanti buat mereka. Ya! allah...sedihnya bila mengenangkan nasib mereka. Apalah sangat dugaan buat kita kalau nak di bandingkan dengan mereka di sana kan. Saya menangis...menangis tatkala melihat jenazah² para SYUHADA. Terutama sekali yang membabitkan kanak² dan bayi dengan kepala pecah, kaki hancur, mayat mereka bergelimpangan...allahuakhbar...Tak sanggup nak tengok gambar² yang di post kan especially kat wall FB. Tengok berita pon apatah lagi. Saya akan tukar chanel bila masuk berita tentang GAZA. Sampai Kimi tegur.."ibu...jangan lah tukar, kita nak tengok". "Alaaaa...ibu tak boleh tengok, nanti ibu nangis". "Tak per..ibu tutup lah mata". Tak tau nak jawab apa dah. Sambil tengok tu mulut dia mengomel..."Ibu...kesiannya, badan dia ada darah".."kenapa rumah dia kena bom?". Itulah anak², bermacam² soalannya. Ibu cuma kena sediakan jawapan yang betul ☺☺☺
Apa yang kita boleh buat? DOa...DOa...dan terus berdoa. Hulurkan sumbangan dan bantuan. BOIKOT juga boleh membantu.
Note: Bersyukur dapat hidup di bumi yang aman damai ini...alhamdulillah...
Amacam...terliur tak? Saja nak bagi uols terliur pepetang nih...ekekeke...Dasar blogger kan. Tak sah kalau tak amik gambor. Tapi ni jer sekeping yang mak sempat amik noks. Dah asyik sangat makan doyan.
Petang semalam ada pesta makan durian kat office nih. Memang lah syiok sebab dah lama tak makan doyan. Nak beli tak terbeli² gak. Alhamdulillah...rezeki petang semalam ada Consultan belanja makan doyan. Adalah dalam sebakul besar buah durian tu. Habis semua di kerjakan oleh kami² nih.
Ni plak last two years nya gambar. Dah lama rupanya tak ada pesta makan doyan ni ☺☺☺
Ni plak gambo pn. punya blog yang gediks...ekekeke...Ni pon gambo dua tahun lepas. Smalam tak sempat nak snap gambo sendiri. Ramai plak staff...tetiba rasa malu plak nak bergambar syok sendiri...ekekeke...Banyak gak mak melantak doyan petang smalam noks. Balik tu trus pening kepala. Tapi masih di bawah kawalan lah. Malam tu plak breast dah mula rasa berat. Owh...doyan buat susu ibu ku bertambah. Bukan itu jer, pagi ni pam susu nampak pekat plak susu ku itu. Penangan durian gamaknya kot.
Note: Dah tau dah. Salah satu milk booster ku adalah buah DURIAN ☺☺