As-Salam semua. Hampir seminggu tak bersiaran. Rindu sama kamu dan entry² kamu tu. Cuma ada satu entry auto-published yang sempat buat. Itu pon salah published. Sepatutnya nak published hari rabu, sekali tersilap daaaa.
Berbalik kepada tajuk. Sepatutnya jumaat aritu dah start keja, tapi ada sebab² yang tak dapat di elakkan. Mak patah kaki noks...keta masuk bengkel. Dari hari selasa sampailah hari sabtu baru dapat. Puncanya...TANGKI MINYAK BOCOR...arghhhhhhh. Berterbangan lagi duit mengikut gaya bebas. Kalau sebelum ni berhabis duit sebab ACCIDENT. Tapi kali ni sebab lain pulak. Allahuakbar...apa yang berlaku hanya DIA jer yg maha mengetahui. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya kan.
Ceritanya...Hari isnin last week saya balik lewat, kebetulan bos bagi kerja last minute. Nak tak nak kena buat jugak sebab rabu saya cuti. Tengah buat kerja tu PC plak hang memanjang. Selalu macam tu tau. Bila kita nak cepat ada jer hal dan masalahnya. Memang lah hangin kan. Kita plak nak cepat...nak amik anak² lagi kan. Dalam pukul 6.40 pm baru settled suma. Masa on the way nak balik tu lah, ntah apa yang saya langgar pon tak taulah. Nak cepat nyer pasal kan.
Tiba²...sepanjang perjalanan tu bau minyak. Meter KM yang dah berpuluh ribu tu bertukar ke angka kosong (0). Erk...hati dah terdetik macam ada yang tak kena. Pastu try bukak air-cond, tak der plak bau minyak. Bukak lah tingkap balik. Still bau minyak. Pastu kan...minyak plak pagi tu baru jer isi. Dari tiga (3) bar, trus jadi dua (2) bar. Arghhhh...sudah. Dah mula berdebar² dah. Dan lagi...dari dua (2) bar tinggal plak satu (1) bar. Ok...something wrong somewhere. Tiba²...dari satu (1) trus lampu minyak menyala².
Ya! allah...menggelabah, berdebar² dan bermacam² perasaan lagi dah mula menjalar. Mulut tak putus² berdoa. supaya si permudahkan perjalanan balik. Perjalanan agak jauh lagi nih. Minyak dah menyala. HP plak tak der kredit. Allahuakhbar...hanya DIA jer yang tahu perasaan masa tu. Kepala hotak dah mula berfikir²..."kenapa dengan kereta aku nih?" "Kereta ni nak terbakar ker?" "Sempat ker aku amik anak² nih?" "Kalau minyak habis macam mana? Macam mana nak call, kredit tak der!!!". "Jalan sesak ker? Habislah klo sesak, dah lah hujan nih". "Anak²...kesian kat dorang, dah lambat sangat nih". Ko nampak...macam² yang difikirkan. Yang paling menakutkan kalau kereta terbakar tu lah.
Perjalanan petang tu memang paling menakutkan. Sepanjang perjalanan hati berdebar². Alhamdulillah...DIA permudahkan perjalanan balik. Kebetulan jalan tak sesak walaupon hujan lebat. Lega rasa bila dah amik anak² dan dapat sampai rumah dengan selamat. Malam tu soh si dia check keta tu. Tak der apa² pon. Mungkin masalah tak nampak lagi.
Perancangan cuti tu nak balik umah mertua kat Gombak. Dah siap packing bagai, Gi lah isi minyak dulu. Sekali...hamik ko...minyak mencurah² keluar kat bawah. Sah lag tangki minyak bocor. Nasib lah isi minyak kat Seksyen 7 tu jer...dekat lagi ngan umah. Hurmmmmm...terpaksa cancelled aktiviti.
Apa² pon...syukur alhamdulillah sangat² sebab masih di beri peluang bernafas di muka bumi ini. Agak bahaya juga tu memandu dalam keadaan tangki minyak yang bocor. Duit boleh di cari, tapi NYAWA...tiada galang gantinya. Peringatan buat saya supaya sentiasa lebih berhati².
Note: Panjang plak entyr nih...hehehe...Nanti saya terjah umah kamu yer...slow² ^_^.