Terapi gigi bersama Eskem Jagung Homemade. Terapi lah sangat kan @_@. Ada tiga (3) cawan. Untuk anak bujang, untuk anak dara dan untuk mak budak. Rasanya...mestilah sedap. Sebab buat dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang...ekekeke...
Aritu dah buat Chocolate Oreo. Kali ni buat perisa jagung plak. Tapi kan, bebudak ni lagi suka eskem coklat lah. Bertambah² makan. Eskem jagung macam kurang minat sangat. Tak minta tambah pon...huhuhu...mak sentap tau. Mak budak ni jer yang suka eskem jagung.
Dah makan kenalah posing kan. Wajib tu. Dah tak payah nak beli eskem lagi. Kalau anak nak eskem, senang jer jawapan nak bagi...'kat umah kan dah ada eskem'...hehehehe...
Terima kasih kak KA...atas hadiah yang cute ni. Saya baru jer dapat petang semalam kak. Sukanya @_@.
Kad ucapan ku kirimkan...cewahhhhh...Sedikit ucapan dari kak KA. Terharu saya membacanya kak. Terima kasih buat akak juga kerana sudi membaca, sudi tinggalkan komen dan sudi jadi sahabat saya. Harapan saya pon sama juga kak. Semoga ikatan persahabatan kita di alam maya ni berkekalan. Bukan untuk kak KA jer. untuk kamu...kamu semua yang sudi bertandang di blog saya nih. Walaupon tak pernah bersua muka, tapi kemesraan tu terjalin walaupon hanya sekadar berbalas komen di blog. Last but not least:
SAYANG KAMU KETAT²
Note: Teringin nak jumpa face to face dengan kamu semua...hurmmmm...
Camera AES..inilah rupanya
Serious...saya tak perasan selama ni jalan yang saya lalu hari² balik dari kerja ada camera AES ...arghhhhhhh...macam mana bley careless nih. Sebelum ni pernah dapat email pasal senarai jalan² yang dipasang camera AES, tapi tak amik peduli langsung. Haaaaa...hamik ko.
Macam mana boleh perasan? Petang semalam lah masa balik dari kerja. Kat depan SHELL SKVE tu ada flash yang memancar-mancar. Silau mata mak noks. Dalam hati dah terdetik. Apa tu? Itu ker camera AES yang diheboh² kan tu? Automatic trus tengok kat dashboard KM tu. Baru 80 km...alamak....habislah muka masuk camera...ahaks...Harap² tak kena saman lah..huhuhu...
Saman pulak akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS). Sistem
juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan
perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau
dibicarakan.
Rasanya camera AES tu baru lagi lah pasang kat situ. Sebab sebelum ni tak perasan pon ada flash². Ker memang dah lama pasang cuma saya jer yang tak perasan sebab dah memandu macam Michael Schumacher????...tettttttttttttt...wakakaka....
Untuk kamu, ini dia senarai LOKASI AES - HAD LAJU untuk tatapan dan ingatan ketika memandu di lebuhraya. Senarai Satu (1) Malaysia uolss. Jaga²...ada yang memerhati ☺☺☺
Note: Pengajaran untuk saya...klo lalu depan shell tu, silalah slow² yer ^_^. Nak kena check peti pos lah nampaknya. Tapi harap² tak derlah samannya.