Diam — Dia Lemah
Lantang — nampak salah
Mesra — dia gatal
Pasif — dipijak-pijak
Kahwin — bila beranak?
Tak kahwin — pasti digelak
Berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk²
Tak tutup — lagilah heboh .
Setia — dimadu laki
Curang — dicanang keji
Terlalu cinta — dimain²kan
Terlalu berjaga — dimarah²kan
Menangis — rimas selalu
Mata kering — dipanggil kepala batu
Buat betul — pelbagai benda dipersoal
Buat silap — sekampung berbual
Tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian dan hinaan, SYURGA adalah tempatnya, cukup hanya menjadi SOLEHAH kerana ALLAH, patuh segala perintah Allah, insya'allah dirinya sebaris dgn para bidadari dan mungkin lebih atas lagi, dengan izin Allah di syurga kelak, insyallah.
Note: Nak tambah...kerana PEREMPUAN juga lah hidup PEREMPUAN lain merana. SELAMAT HARI ISNIN SEMUA >_<. Hari isnin yang emosi...arghhhhhh...
Ibu tak sengaja marah kamu semalam. Ibu pon tak tahu kenapa amarah ibu menjadi² petang semalam. Mungkin sebab penat...mungkin sebab stress. Ibu rasa bersalah sangat² semalam. Salah kamu cuma tumpahkan air atas meja. Bukan sikit tapi banyak. Ibu marah kamu. Marah sangat² sampai kamu nangis. Pada hal masa tu kamu tengah lapar. Kamu nak minum air cicah dengan roti yang ibu buat tu barangkali. Tapi secara tak sengaja kamu dah tertumpahkan air. Ya! allah...marah ibu tak terbendung lagi masa tu. Dah macam kena rasuk
syaiton. Bukan itu jer...ibu protes. Ibu kurungkan diri dengan adik
qhalif dalam bilik...tinggalkan kamu. Allahakhbar...masih terbayang wajah kamu yang sedih dan tangisan kamu yang sendu tu. MAAFKAN IBU!!!!!!!!...IBU SAYANG KAMU KETAT²...
Tahap kesabaran saya dengan anak² masih lemah. Memang menguji kesabaran dengan kerenah anak². Kalau boleh saya tak nak marah anak² tanpa sebab. Saya tak nak marah anak² dengan kesalahan mereka yang kecil. Tapi...ntahlah...macam tak boleh nak control kemarahan tu. Bila dah marah baru tersedar. Astaghfirullah...Ya! allah...berilah hambamu ini kesabaran yang tiada terbatas dalam mendidik amanahMU ini.
Ntah kenapa petang semalam.
Amarah saya semacam. Anak² buat perangai. Balik dari nursery...qahirah
nangis², nak duduk dalam car seat. Adegan pujuk memujuk tak jalan.
Kesudahannya...faham² lah. Sampai kat parking, buat hal lagi. Ntah bad
mood pasal apa pon tak tahulah. Terduduk kat simen...bukak selipar.
Dekat 5 minit juga lah. Dengan dukung adik...bawak bag lagi. Sampai umah
abang kimi plak buat hal...Allah hu akhbar...
Ibu² yang dah expert...Boleh tak kamu semua bagi saya tips paling berkesan dalam mengawal kemarahan? Tips dalam memupuk sifat sabar dengan kerenah anak²?
Note: Tak sabar nak balik peluk anak². Terbayang² wajah sedih mereka...huhuhu...balik nih kita makan eskem lagi yer.
LegoLand : RM 140.00 - Tak ape bayar mahal, cari pengalaman kan
Sunway Lagoon : RM 50 - Tak ape bayar mahal, sekali sekala release tension
Teater : RM 150.00 - Bbukan selalu pun, cerita tu best sangat
Langkawi : RM 1000 - Setahun sekali jer, tak ape lah habiskan duit
Majlis makan amal : RM 50 - Mahalnya! aku nk bawa bekas, tapau makanan, baru berbaloi...
Sunway Lagoon : RM 50 - Tak ape bayar mahal, sekali sekala release tension
Teater : RM 150.00 - Bbukan selalu pun, cerita tu best sangat
Langkawi : RM 1000 - Setahun sekali jer, tak ape lah habiskan duit
Majlis makan amal : RM 50 - Mahalnya! aku nk bawa bekas, tapau makanan, baru berbaloi...
Derma anak yatim : RM 5 - Tak boleh bagi banyak.. ntah2 diorang tipu
Emmm.. Masjid? Ada setiap minggu masa sembahyang Jumaat kita sedekah RM1?
Note: Berbelanja untuk perkara lain, habis duit pon tak per. Tapi kalau bab amal jariah nih, kenapa selalu nak berkira kan. Kekadang fikir dua tiga kali..hurmmmm...peringatan untuk diri sendiri juga.