Assalamua'laikum semua.
Amacam...teruja tak dengan tajuk tu? Ker...dari semalam dah teruja dengan Wordless Wednesday tu? Atau dah tak sabar nak tau resipi?...kahkahkah...poyo jer Fiza Rahman ni kan. Semalam seharian saya kat HQ Office. Penat jugaklah. Semalam tu pon entry auto publish. Ok...straight to the point.
Hajat nak buat ice cream ni dah lama. Tapi ku pendamkan saja sebab tak beli² blender. Blender tu ada, tapi dah blender macam². Kang kalau buat ice cream nanti rasa cili pulok. Acaner tu. Kebetulan bawa balik blender PHILIPS mak yang disangka rosak tu, tapi sebenarnya tak rosak pong. Rupanya blender PHILIPS ni klo tak masukkan bebetul kat mesin pengisar tu, dia takkan berfungsi. Macam tu lah pulak kan...canggih gitu...
Ntah macam mana hari isnin aritu semangat nak membuat ice cream membuak². Kalau dah resipinya simple, semangat tu lain macam sketlah. Apalagi, balik tu terus cari bahan². Sampai jer umah, seperti biasa...susukan budak berdua tu dulu. Dah kenyang baru mulakan operasi. Yang paling tak sabar siapa lagi kalau bukan abang kimi. Sekejap jer pon. Tapi nak tunggu Ice-cream tu keras memang lama lah. Kalau uols nak buat ice-cream ni, better buat malam.
Pagi tu bangun terus tengok ice-cream buatan sendiri. Perghhhhh...teruja wei tengok eskem menjadi (>_<). Pepagi saya dah makan eskem...hehehe...Tapi kan, tekstur eskem tu tak berapa lembut sangat. Mungkin sebab blender kali kedua tu tak lama. Tak per...practice make perfectt kan. Tapi serious...sedap uolsssss...☺☺
Close-up sket...hehehe...
Balik petang tu trus bagi anak² makan eskem buatan tangan ibu mereka sendiri. Bukan anak jer yang tak sabar, ibunya pon sama gak.
Seronok dpt makan eskem yer ☺☺
Bebudak kalau dah dapat eskem, memang tak hingat lah kan. Bukan budak jer mak budak ni pon sama gak. Bertambah² eskemnya. Untuk kamu semua, dengan murah hati saya tepekkan link dan resipi nya di bawah nih. Dengan ucapan "SELAMAT MEMBUAT HOMEMADE ICE-CREAM". Buat...jangan tak buat tau.
Aiskrim Coklat Oreo
Bahan-bahan ( 1.5 liter )
- 2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat
- 2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder
- 1 packet kecil - biskut Oreo
Cara-cara
- Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sbb biskut dah manis.
- Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, kluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
- Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.
Bahan-bahan ( 1 bekas )
- 2 1/2 cawan creamer coffeemate
- 2 cawan susu segar
- 1/2 cawan gula
- 1/2 tin jagung krim
- sedikit pewarna kuning
Cara-cara
- Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
- Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
- Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
- Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
- Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.
- Nota: D menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya
Source: My Resipi
Note: Lepas ni tak payah beli eskem lagi. Buat sendiri lagi bagus. Agak² kalau meniaga eskem ni laku rak...hehehe...