"Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini"
sejak kehilanganmu di dunia ini"
Rindu Serindu rindunya. Iyer...saya sangat merindui arwah ayah yang dah 7 tahun meninggalkan kami. Rindu nak memanggil 'AYAH'. Lately...selalu saya bermimpikan arwah ayah. Mungkin juga kerana terlalu merindui dan selalu teringatkan arwah.Tapi kita kena ingat, kalau dalam mimpi tu ada sebarang pertuturan dari arwah, itu mungkin iblis
Sedikit info mengenai mimpi:
Di kalangan para ilmuan generasi Salaf (tokoh-tokoh umat Islam pada
tiga kurun pertama), ada yang berpendapat ketika tidur, roh orang
hidup boleh pergi bertemu roh orang yang sudah meninggal dunia di
alam barzakh. Setelah pertemuan, roh orang hidup dikembalikan sementara
roh orang yang meninggal dunia kekal di tempatnya (alam
barzakh). Ini semua berlaku dengan izin dan kurniaan Allah kepada
roh orang yang hidup. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:
“Allah (Yang Menguasai
Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa (roh) dari
badannya, jiwa (roh) orang yang sampai ajalnya
semasa matinya dan jiwa (roh) orang yang tidak mati dalam masa
tidurnya. Kemudian Dia menahan jiwa (roh) orang yang Dia tetapkan
matinya dan melepaskan balik jiwa (roh) yang lain (ke badannya)
sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah
bagi kaum yang berfikir.” [az-Zumar, ayat
42] Rujuk Tafsir Ibn Katsir, jld. 12, ms. 133-134 ketika mentafsirkan ayat di atas.
Sumber: Iluvislam.Org
Al-Fatihah untuk arwah ayah. Semoga ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. Hanya doa yang tak putus dapat ku utuskan untuk bekalan mu di SANA ayah.
Note: Kamu yang masih punya ayah, hargai dan sayangilah mereka selagi ada.