Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Terutama buat yang sedang bercinta dan yang sedang mencari cinta. Untuk yang dah berkahwin pon boleh juga kot. Renung² kan lah.
JODOH ada tiga jenis:
Jodoh dari Syaitan
berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah...
- Jangan lah terjebak dengan yang ini.
Jodoh dari Jin
berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah...
- Tolonglah...Kalau rasa diri tu bertepuk sebelah tangan, carilah yang lain. Tak perlulah nak usaha utk dapatkan juga. Kalau bujang tak per, kalau suami orang? Tak ker menderita dibuatnya. Jawab lah diakhirat kelak. Dan jangan lah terlalu taksub dengan pasangan sampai menjadikan pasangan cinta nombor satu. Jadikanlah Allah cinta nombor satu kita.
Jodoh dari Allah
cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA...
- Ini adalah yang terbaik.
Jodoh dan pertemuan itu ditangan allah. Kalau nak mencari jodoh, carilah khalifah yang boleh membimbing kita dan anak² didunia dan akhirat. Kalau dapat lelaki yang bertanggungjawab dan beriman...alhaamdulillah. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, hanya DIA yang maha mengetahui.Istikharah lah dalam mencari jodoh.
Menyesal dengan jodoh yang bermasalah? Jangan sekali² cakap kita menyesal dengan perkahwinan itu. Kerana jodoh itu telah ditentukan olehNYA. Kalau kita menyesal bermakna kita tak percaya pada Allah. Berdosa. (Seperti yg diperkatakan oleh ustaz/ustazah, lupa dlm rancangan apa).
Dan Ingat, Binalah kebahagiaan anda sendiri. Jangan bina kebahagiaan diatas kesedihan, penderitaan dan kesengaraan orang lain. Harga sebuah kebahagiaan takkan pernah mampu dibeli dengan melukakan hati orang lain. what goes around comes around...ingat tu. Erk...mcm dah lari tajuk pulok...hahahaha...
Note: Ini adalah info dan nasihat. Harap maklum yer. Sentap erk!!!