Kemek...sedihnya nengok :-(
Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ini. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya pon tak dapat nak describe macam mana bley terjadinya accident tu.
Kejadian berlaku dekat tol Sungai Ramal. Masa tu on the way nak amik anak². Sebelum tu dah rasa macam tak sedap hati. Ntahlah kenapa. Tak lama lepas tu, masa nak sampai tol tu...'kebabom'...saya dah langgar kereta MYVi depan. On the spot saya tersedar. Kalimah Allah memang tak lekang dari mulut. Perasaan saya masa tu...hanya DIA jer yang tahu. Berdebar²...badan menggigil/menggeletar. Ya! allah...apa aku dah buat ni? Tetiba jadi blank.
Myvi yang cedera
Berhenti kat tepi jalan. Settle apa yang patut. Owner MYVi tu pon ok. Tak der lah nak melenting ker apa kan. Berkali² aku minta maaf. 1st time accident sepanjang saya memandu nih. Rasa seriau nak memandu pon ada ni. Malam tu, si dia jumpa owner tu sebab nak hantar keta dia gi bengkel.
Apa² pon saya bersyukur sangat² sebab masa kejadian tu anak² tak der dalam kereta. Alhamdulillah, saya, owner MYVi dan isteri tak cedera. Rupanya wife dia tengah pregnant 2 bulan. Ya! allah...pasti saya akan rasa bersalah kalau terjadi apa² kat kandungan dia. Alhamdulillah juga, even keta kemek, tapi masih bley berjalan lagi.
Peringatan buat diri sendiri dan kawan² diluar sana. Berhati² dijalan raya. Tak boleh nak jalan jauh lah raya nanti. Nak hantar bengkel macam tak sempalt pulak. Iyerlah...orang sibuk nak raya kan. Kelam kabut plak nanti. Kang hasil tak memuaskan. Si dia cakap nak hantar lepas raya. Hantar kat bengkel kawan dia. Ada gak org bengkel datang masa accident semalam. Biasalah...org² macam ni, klo ada accident cepat jer dorang dapat tahu. Katanya sebelum raya boleh siap. Kos plak dalam RM800.00. Tu belum campur kos untuk kereta MYVi lagi. Hurmmmmm...
Duit boleh dicari, tapi nyawa...tiada galang gantinya. Mungkin ini ujian dan dugaan dariNYA.
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
Note: Rasa sedih nak sambut raya. Hilang segala mood. Gone with the wind.