Alhamdulillah...Qhalif tak kena campak. Masa amik kat nursery aritu trus aku bawak gi klinik. Memang nampak muka dan badan dia dah merah². 1st time aku bawak qhalif gi klinik tanpa si dia. Alhamdulillah...sepanjang perjalanan tu anak bujang tak meragam. Cuma merengek sket².
OK...berbalik kpd cerita. Bintik² merah yang naik kat muka dan badan tu adalah ruam biasa. Sebenarnya Qhalif kena 'Oral Thrush' atau lebih dikenali sebagai 'Jangkitan Kulat' pada mulut bayi. Alaaa...yang putih² kat dalam mulut baby tu. Keputihan yang seakan-akan kepingan 'susu basi' melekat di lidah, bahagian dalam mulut dan lelangit. Dalam mulut qhalif agak banyak thrush nih.
Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakan (radang) di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu (sama ada botol atau breasrfeeding). Nanti aku akan ceritakan lebih lanjut pasal Thrush nih. No wonder lah qhalif macam tak selesa jer masa nak breastfeed. Asyik merengek jer. Bebudak pengasuh tu pon cakap yang qhalif kurang nak menyusu. Sian anak aku...sakit rupanya.
Jadinya smalam aku EL lagi sebab nak jaga qhalif. Nak pantau keadaan dia. Alhamdulillah...dah tak merengek sangat. Putih² kat mulut pon dah kurang. Tido pon nyenyak. Kalau tak asyik terjaga jer. Tak selesa agaknya. 1st time alami situasi macam nih sebab iman dan qahirah tak pernah kena.
Note: Mood raya dah on...anak dah sihat ☺☺