Hehehehe...dah macam iklan lah pulak kan. Bukan tukar apa pon. Tukar duit raya jer. Aku baru pagi ni gi tukar. Kebetulan member nak gi bank. Ikut lah skali kan.
Memula gi Maybank. Perghhhhh...dari luar dah nampak orang beratur panjang. TU mesti lah nak tukar duit raya kan. Tak sanggup lah nak beratur panjang macam tu. Pastu gi bank sebelah plak...CIMB. KAt kauter dah tulis "Duit raya dah habis". Kitorang pon agak frust gak lah. Gi kaunter tanya pasal nak tukar duit. Orang kaunter cakap duit baru dah habis. Tak kisahlah...tak dpt duit baru pon tak per.
Gi lah naik. Sekali nengok ada orang tengah tukar duit...dapat duit baru plak tu. Yang beratur nak tukar duit pon tak ramai. Tadi kata duit raya baru dah habis. Tipu tau. Kesian kat orang² yang nak tukar duit. Memang sah² lah orang tak masuk CIMB klo dah nampak sign "Duit raya dah habis". Patutlah Maybank penuh.
Tukar pon tak banyak. Dapatlah sampul duit raya sorang sepeket. Tu jer lah sampul duit raya yang baru aku dapat. Ada sesapa sudi nak bagi?
Note: Sedapnya bau duit baru.
Kalau membabitkan kesihatan anak, memang hati ibu tak tenang. Nak gi keja pon rasa tak der mood. Petang smalam masa amik kat nursery, pengasuh tu cakap badan qhalif panas tengah hari tu. 38 darjah Celsius...agak tinggi gak tu. Lepas dimandikan, baru kebah panasnya. Tapi masa amik smalam ada rasa dedar² lagi. Alahaiiii...siannya anak ibu nih. Demam nak beralih bulan ker nak oiii.
Lepas berbuka smalam, ajak si dia gi klinik. Kebetulan qahirah pon tak berapa sihat gak. Batuk² dan selsema. Kalau dah kena selsema tu faham² lah kan. Telinga dia akan berair sekali. Dah kena jangkitan telinga @ Otitis Media lah tu. Harap² cepat lah kering telinga tu.
Pasal qhalif plak. Doctor nak masuk ubat ikut montot, kebetulan anak bujang tu popo plak. Balik umah lah gamaknya kena buat. Pastu doctor soh lap badan ngan air suam klo badan qhalif panas. Doctor soh bagi qhalif minum air masak sebab kat lidah dia ada putih². Erk...aku cakap yg qhalif ni fully breastfeed. Doctor tu ckp lagi tak per...kena bagi jugak. Hairan...hairan...setahu aku baby dibawah 6 bulan yang fully breastfeed tak perlu air masak sebab dalam susu ibu 80% adalah air.
Untuk mendapatkan kepastian, aku SMS Aishah Mariam, salah sorang dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC). Katanya tak perlu bagi air masak. Yang putih² kat lidah tu pon tak perlu cuci sebab bukan penyakit pon dan tak jadi masalah. Tapi kalau baby yang minum FM (Formula MIlk) memang kena cuci.
Ingat yer ibu², kalau anak demam sekali pon jangan bagi air masak yer...no..no..no... Amalan memberikan air masak kepada bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan boleh menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air masak kerana perutnya yang masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang penuh khasiat dan nutrisi penting untuk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yang pertama. Kalau nak tau lebih lanjut, bley klik SINI
Note: Semoga anak² ibu cepat sembuh. Nak raya ni nak.
Agak payah juga yer nak cari salon muslimah nih. Salon yang khas hanya untuk WANITA sahaja. Orang lelaki tak dibenarkan masuk sama sekali...no..no..no...
Kisahnya...aku nak potong rambut *itu pon nak bagitau ker mak jemah oii*. Rambut dah panjang sangat. Dah macam cik ponti *sambung sendiri...hahaha* plak. Pastu dgan gugurnya lagi. Bersepah² atas lantai. Sakit mata menegoknya. Rambut aku pon dah start fasa keguguran rambut tahap maksima nih. Bila sikat rambut tu...hamik ko, segumpal rambut. Naik takut aku melihatnya.
Ok...dah mengarut plak. Berbalik kepada tajuk. Aku masuk FB, terjumpalah info pasal Salon Muslimah nih. Kebetulan member tu pon tengah cari salon muslimah gak. Ok sangat lah tu kan. Yang best nya, salon ni dekat ngan umah.
Tu dia salonnya...Jazeerat El-Rahah. Ada 2 cawangan, Kat Bangi dan skudai, johor. Kalau nak tau lebih lanjut, klik kat link tu. Ok...tak perlu risau lagi kalau nak gunting rambut ☺☺
Note: Tengah berfikir² gaya rambut terkini...hurmmm...