Sebab pagi tadi anak jatuh katil. Tak sempat nak sambut, anak dara dah landing ke lantai...huhuhuhu...
Tengah siap² nak gi keja. Masa tu nak pakai tudung. Dari dalam cermin nampak lah qahirah memanjat katil. Bila dah panjat tu dia nak berdiri. Berdiri plak kat sisi katil. Badan tak balance. Sekali...kebabommmmm...jatuh ko. Masa dah tak balance tu aku meluru lah, tapi tak sempat dah nak sambut, dia dah jatuh.
Gelabah tak hingat lah. Kepala jatuh dulu. AKu kalau bab² kepala ni memang risau. Menangis tak hingatlah...tapi kejap jer lah. Aku tuam kepala ngan mulut ni ha. Tapi tak der plak nampak bengkak. Telinga nampak merah sket. Baru ni tadi call nursery sama ada anak dara tu ada muntah ker tak sebab kalau lepas anak jatuh pastu dia muntah² itu menunjukkan petanda yang kurang baik. Alhamdulillah...tak muntah. Memang tahan lasak anak dara ku itu.
Masih terbayang² kat mata nih macam mana qahirah jatuh...huhuhuhu...
Rasa semacam ngatuknya bila bulan puasa nih. Kalau tido balik lepas sahur tu lagi lah pulak...bagai di gam² mata nih. Payah betul nak buka. Pastu asyiklah nak menguap. Kejap² menguap. Naik lotih mulut ni ha asyik bukak katup..bukak katup jer.
Lepas tu kan, lepas berbuka jer mulalah mata nih start ngantuk. Dah kenyang katakan. Pukul 9 malam dah tido ko. Kerja lain dah tak fedulik sebab dah tak tahan ngantuknya...alahai...
Pesan ustaz, bukan semua syaitan itu tertambat masa bulan Ramadhan....kerana masa bulan Rejab dan Syaaban ini lah syaitan mencari tempat persembunyian...di mana tempat persembunyian itu? katanya dalam tubuh manusia.....beliau mengingatkan kita semua supaya bacalah zikir LAILAHAILLALLAH banyak2...inilah kalimah paling agung dan tinggi darjatnya...ia terus mengalir dalam aliran darah ....ia membersihkan diri kita. Info ni di petik dari blog HERBA TIHARA.
Adakah penyakit ngantuk tak hingat donia saya di bulan posa ni ada kaitan dengan syaiton yg bersembunyi dalam diri ini? Nauzubillahiminzalik...
Nota: Bulan posa ni mood agak ke laut lah...hurmmm...
Ihsan google
Vavava...macam gah jer bunyinyakan. Padahal main batu seremban jer. Baru balik dari Mercu Office kat KL Sentral sinun. Mak ada tournament uols. Indoor games di bulan posa ni. Dah lama giler tak main batu seremban. Nasib masih ingat lagi step² nya.
Tempat keja aku skang ni tengah buat Sport Extravanganza. Setiap staff di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan aku tercalon dalam kumpulan JUPITER. Ada macam² jenis games indoor and outdoor. Futsal, volleyball, netball, congkak, etc. Congkak tak dapat main sebab bertembung dengan tarikh training. Main batu seremban jer lah. Lepas raya ni plak ada game netball...kelassss ko mak jemah...dah lah petite, ada hati nak main netball, boleh ker?...muahahahaha...Tengok jer lah nanti.
Nak tunjuk gak tu...☺☺
Owh...jangan tak tau, mak menang main batu seremban uols. Esok ada game lagi, tapi orang lain plak lah yang main. Harap² esok tak der lah yang dapat markah melibihi aku...hahahaha...boleh gitu. Tapi kalau yang score tu dari Planet yang sama tak per lah.
Tapi rasa bangga lah jugak sebab dapat kan score untuk group sendiri. Kalau aku menang, dapatlah pingat emas. Tapi klo tak dapat emas...perak atau gangsa pon kira ok lah. Wah...semangat sukan olimpik lah pulok.