Senyumanmu menawan...membuat hati ibu tertawan
Alhamdulillah...12 julai 2012 genaplah 3 bulan usia Qhalif si rambut pacak. Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya, syukur.
Perkembangan qhalif pon alhamdulillah. Sama jer sepeti bayi² lain yang seusia dengannya. Tanda² nak meniarap belum nampak lagi...tapi asyik nak mengiring ajer lah.
Qhalif adalah baby yang sangat baik *harus puji anak sendiri kan*. Tapi serious...anakku ini memang tak banyak ragam. Seolah² memahami ibu dia nih. Hanya nangis bila nak susu. Kalau tak der orang layan...dia bebel² lah sesorang. Bila dah penat dan tak der orang nak layan, tido lah dengan sendirinya. Ada gak kekadang meragam tapi jarang sangat. Memang sejak dalam pantang lagi sampai lah skang...memang senang nak jaga.
Doa ibu smoga qhalif menjadi anak yang baik sentiasa dan membesar dengan sihat. Semoga niat ibu nak menyusukan Qhalif hingga 2 tahun di permudahkan olehNYA.