Aktiviti hujung minggu. Bawa anak² gi swimming. Memula gi kat MBSJ, sekali kolam tutup lah plak. Nak gi putrajaya...dah jauh nak patah balik. Finally...gi kolam DBKL. Tapi pukul 6.00 pm lah plak baru bukak. Kitorang sampai situ pukul 4.45 pm. Ada lagi sejam lebih. Alahaiiiiii...bebudak dah tak sabo nak mandi. Apalagi, gi isi perut dulu.
Abang yang teruja.
Si abang plak asyik membebel. Selagi tak dapat, selagi tu lah asyik bertanya itu ini. Penat mak nak jawab noks. Lepas isi perut, trus gi sana balik. Sampai² orang dah beratur nak baya. Dewasa 3 hinggit, kanak² sehinggit.
Bebudak kalau dah jumpa air memang tak hingat donia lah. Anak dara tu 1st time mandi kolam. Selalu berendam dalam baldi jer...kesiannnn..☺☺ Apalagi...mandi sampai kecut, gigil²...pastu kelaparan.
Qhalif si rambut pacak plak...hanya memerhati jer lah abang and kakak dia mandi. Mulut bebel²...nak mandi sama gamaknya. Last² lena di ulit mimpi. Bising² pon tak der hal nyer...tido tetap tido...hehehehehe...
Yang terucap di bibir tidak sama yang tersimpan dihati..
bibir bisa saja menipu, hati masih mampu menyembunyikan keperitan tetapi mata tidak bisa..
kerana bila hati sakit air mata terus megeluarkanya walaupun pada saat itu bibir masih mampu tersenyum...
sentiasalah tersenyum walaupun pada saat itu engkau sedang meratapi kesedihan..
Buat tatapan dan pengetahuan kawan² ibu, nama saya:
IMAN QHALIF BIN HUSAINI
Ibu saya saja jer tak nak bagi tau nama saya...surprise lah tu kekononnya...hehehehe...Ibu berkenan dengan nama ni sejak saya dari dalam perut lagi. Besar harapan ibu dan abah supaya saya dapat jadi pemimpin yang beriman, menjadi anak yang soleh, bijak dan yang baik² lah bila besar nanti.
Ibu tak dapat nak letak gambar qhalif banyak² sebab ibu tengah busy. Bila dah reda sikit keja ibu nanti ibu letak gambar banyak² sampai aunty² naik pitam tengok gambar qhalif yer.
Akhir kata...Selamat Berkenalan buat aunty² dan uncle² (ada ker) yang santek dan encem.