Masalah setiap kali nak bersalin, tak tau nak beli set bersalin yang mana satu. NI suma orang alami benda yang samakan? Mengaku jer lah...ekekekeke...
Hurmmmmm...dah nak masuk anak 3 pon masih berfikir² lagi nak beli set yang mana satu. Masa anak 1st dulu pakai set bersalin AMWAY ni ha:
Dapat sekali ngan bengkung. Tu pon tak pakai semua barang. Rasa macam membazir jer. So far ok lah. Anak kedua plak tak sempat nak beli. Si dia gi beli produk orang kampung. Hhhhmmmm...ok juga kot. Alhamdulillah...anak 1st and 2nd nih tak pernah kena jaundice.
Tapi kan, yang aku perasan, setiap kali lepas bersalin mesti kena sembelit. Faham² lah kan kalau kena sembelit lepas bersalin...ya! allah...seksa noks. Nak meneran lebih², takut terbukak jahitan...meneran secara sopan tak kluar plak....muahahahahaha...memang berjam² dlm bilik air. Nak kata tak makan sayur, kurang minum air...tak juga. Memang spesis akan kena sembelit lepas bersalin gamaknya.
Besar harapan aku kali nih...tak kena sembelit lagi. Bley nangis di buatnya. Tapi tu lah, kali ni rasa macam nak try salah satu produk nih:
Nona Roguy (NR)
HPA
Shaklee
Tak tau nak pilih yang mana. Ada sapa² pernah pakai salah satu produk nih tak? Bagi review sket.
Beban sebab apa? Sebab setiap kali top-up, tak sampai dua hari dah habis. Sebab apa cepat habis? Bila SMS yang tak di undang datang bertandang dan lebih malang lagi bila setiap SMS yang masuk tu di tolak RM nya. Sakit hati tak. Pada hal aku tak pernah subscribe utk terima SMS berbayar. Cuma SMS free yang di terima jer aku subscribe.
Dah lama gak perasan benda nih, tapi kali ni dah tak bley sabar. Habis lah duit aku klo asyik nak top-up hari² kan. Tadi call Hotlink Center...minta penjelasan. Jawapan nya, memang dorang ada buat service untuk 3rd party...spread product by SMS pada pengguna. Tapi masalahnya aku tak pernah setuju untuk terima SMS berbayar...macam mana Hotlink/Maxis bley benarkan SMS ni masuk ker No aku? Hamik ko...tak terjawab. Trus cakap akan terminate suma SMS yang berbayar.
Nak pakai postpaid takut tak terbayar plak. Prepaid jer lah yang mampu. Lepas ni kalau masuk lagi SMS berbayar nih memang aku tukar nombor lah gamaknya.
Kita selalu merasakan ujian yang sedang kita lalui nih adalah sangat berat untuk di pikul. Tapi sebenarnya ada hamba allah yang lebih berat diuji olehNYA. Tengah Blog walking...terjumpa satu blog yang amat² menyentuh hati dan perasaan bila membacanya. Kehilangan 4 orang tersayang.
Ujian pertama bila anak yang di kandung selama 38 bulan meninggal dalam kandungan. Ujian kedua pulak bila kegembiraan menyambut anak kedua hanya seketika dimana tarikh yang sama, beliau kehilangan suami, mak dan ayah dalam kemalangan. Ya! allah...tak tergambar perasaan kalau aku berada ditempat dia. Speechless...Ujian yang sedang aku tanggung ni pon dah tak tertahan, inikan ujian kematian orang yang tersayang.
Buat Ummufathi...semoga terus kuat dan ditabahkan hati untuk meneruskan kehidupan selepas kehilangan orang yang tersayang.
AL-FATIHAH buat mereka.