Kalau dah teringin sangat, sanggup buat tu. Seumur hidup, inilah pertama kali buat buah melaka. Menjadi plak tu. Ntah tetiba teringin plak nak makan buah melaka. Selalu klo jumpa orang jual kuih nih, memang aku beli. Tapi bila beli biasalah kan, sepeket seringgit ada 5 biji. Saiz plak...alahaiiiiii...cikinot jer, pastu inti tak terasa sangat, tak puas makan rasanya.
Ntah tetiba semangat nak buat buah melaka ni berkobar² plak. Resipi pon senang bangat. Balik kerja trus singgah kedai cari bahan². Petang semalam gak buat sebab teringin nak makan. Aku tak pakai bahan pewarna, tapi pakai pewarna asli lagi uols. Siap blender daun pandan nak dapatkan warna hijau dan bau yang wangi. Gigih tak gigih lah mak buat buah melaka ni ☺☺☺.
Seronok plak tgk buah melaka ku menjadi, makan plak time panas²...perghhhhh...mantop. Puas makan sebab sendiri buat kan. Hamik ko...beso² aku gentel. Inti gula melaka pon beso² gak.
Balance tepung yg dah diuli pon ada lagi, petang ni bley buat lagi. Si dia pon suka ☺☺.
Lately jalan asyik sesak jer. Pagi sesak...petang pon sesak. Sedikit sebanyak memberi impak pada kesesakan poket gak. Mana tak nya, baru isi minyak...penuh lah 3-4 takuk. Tapi tak sampai 3 hari, dah menyala-nyala minta di isi. Aku plak jenis jimat, tak pasang aircond noks...konon² nya nak jimat minyak. Tapi tgk keadaan lah. Klo panas berbahang...pasanglah aircond. Kalau time hujan...mendung ker, bukak tingkap sajork.
Sejak memandu ke tempat kerja nih, budget agak lari gak lah. Klo seminggu 2-3 kali isi minyak...sekali isi RM15-30. Kalau sebulan dah berapa hinggit. Dengan duit makan lagi....alahaiiiiiii...sedihnya tgk baki akaun dalam bank. Apa² pon kena bersyukur gak, sekurang²nya ada gak baki even sikit...daripada tak der langsung. Bak kata fara Pok Amai Amai:
'jangan serabutkan fikiran bila duit tinggal nyawa-nyawa ikan. Kita kena setkan minda, betapa bertuahnya kita kerana sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT...Alhamdulillah...'
Baru² ni plak kerajaan umumkan subsidi untuk petrol RON95 naik seposen kepada RM1.03 seliter. Tapi harga minyak masih dikekekalkan pada RM1.90 per liter. Harap² kekal lama lah harga nih. Kita tengok jer lah nanti lepas pilihanraya...minyak naik atau tak.