Masa check-up awal bulan aritu, keputusan blood test last month menunjukkan yang HB aku rendah. Patutlah aku selalu rasa macam susah nak nafas...jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Cepat letih. Tak pernah lagi kena hb rendah masa hamil ni. Ni 1st time kena. Risau pon ada gak nih. Kalau pitam kat office tak per, tapi klo tetiba pitam kat umah atau pon tengah memandu...ya! allah...na'uzubillah.
Doctor cakap mungkin sebab masa awal pregnancy aku tak cukup vitamin. Iyerlah...tau pregnant pon masa kandungan nak masuk 5 bulan. Dr soh stop makan obimin...dpt ubat baru, IBERAT FOLIC. Harap² hb naik lah. Minggu depan nak gi check up lagi. Rasau gak klo hb masih di tahap yang sama. Tapi alhamdulillah...baby sihat dan active.
Sedikit info mengenai ANEMIA.
Apa itu Anemia?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin
Punca kurang darah
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:
- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar
Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:
- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT
Cara Atasi
- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan