Geram dengan Ku Salmi dengan Zetty dalam cerita Tentang Dhia. Dasyat betul penangan citer nih. Tapi semalam nyer citer memang menyakitkan hati aku yang menengoknya. Mesti uols yg nengok citer ni pon macam tu gak kan. Bukan kaum wanita jer yang layan citer ni tau, kaum lelaki pon layan gak kan...betul tak? Mengaku jer lah ☺☺☺
Masih wujud lagi ker ibu mertua yang macam nih? Kalau betul lah...memang dugaan lah siapa yang dapat. Minggu ni merupakan minggu akhir. Tak sabar nak tunggu kesudahan citer nih.
Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga boleh jadi menggelembung @ benjol. Pertama kali alami situasi macam nih. Bulan lepas punya cerita. Dalam perjalanan nak balik umah, masa sedang memandu tu rasa macam tak selesa. Steering asyik-asyik nak ke kanan jer. Lepas tu rasa perjalanan macam tak lancar...macam tersangkut-sangkut. Dalam hati dah menggelabah dah. Tayar pancit ker? Rasa macam tayar pancit pun ada. Nak berhenti kat stesen minyak tapi dah terlepas. Cuba tekan minyak nak cuba bagi laju, tapi tak boleh...rasa kereta tu berat. Dah sah-sah memang ada yang tak kena lah ni.
Dalam hati tu berdoa jer lah semoga selamat perjalanan pulang. Bawa kereta memang perlahan tahap cipan. Bawa pun dekat lane 1 jer. Rasa macam nak cepat-cepat sampai dekat umah. Bila sampai dekat nursery, check lah tayar kereta, tapi tak ada pulak nampak pancit...ok jer. Bersyukur sangat-sangat sebab selamat juga sampai.
Esok nya si dia bawak kereta pergi bengkel, rupa-rupa nya tayar gelembung. Mungkin sebab aku ada langgar lubang dan hentakan agak kuat, tu yang tayar jadi benjol. Memang bahaya. Ini ada sedikit info punca tayar gelembung dan Tips Mengawal Kenderaan Sewaktu Kecemasan:
Anda tahu apa itu tayar mengelembung atau benjol?
Tayar benjol atau mengelembung ialah tayar yg dah putus radial dalam atau jaringan besi dalam tayar tu.
Bagaimana perkara tayar gelembung aka benjol ini terjadi?
Tayar benjol atau mengelembung boleh terjadi kerana habis tarikh luput walaupun bunga masih banyak dan akibat jatuh kedalam lubang sehingga menyebabkan terputusnya tali-tali radial dalam tayar tu.
Apakah simptom-simpton tayar mengelembung?
Kalau anda bawa kereta atau motor, anda rasa seperti menaiki atau melalui jalan yang tidak rata (disebabkan tayar tu dah benjol). Anda mungkin merasakan gegaran padasterin . Anda mungkin merasakan kesalahan balancing tayar kereta, beza masalah balancing dengan tayar benjol ialah, kalau tayar benjol masa nak bawa (dari berhenti ke bergerak) tayar susah bergegar,anda dapat rasakan melalui steren yg anda pegang. Kalau masalah balancing plak, steren anda akan bergegar pada halaju tertentu contoh 80km/j.
Apa penyelesaiannya?
Tayar benjol atau mengelembung anda perlu tukar tayar baru sebelum "gunung berapi" tayar anda pecah aka meletup.
TIP MENGAWAL KENDERAAN SEWAKTU KECEMASAN
Adalah penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak kemalangan.
Di bawah ini disertakan panduan kepada para pemandu untuk diikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti berikut:
Tayar Pecah
- Pegang stereng dengan erat.
- Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
- Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
- Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
- Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
- Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
- Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan mereka.
- Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
- Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
- Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
- Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas di dalam sistem elektrik kenderaan.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
- Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.
- Gunakan alat pemadam kebakaran.