Adakalanya tenang...setenang ombak di lautan. Bila hati di landa badai...ianya ibarat ombak ganas yang menghempas pantai, ibarat ombak tsunami yang meragut kebahagiaan dalam sekelip mata.
Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.
Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.
Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.
Redha dan pasrah, adalah dua maksud yang berbeza. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan. Pasrah pula menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Sejujurnya...apa yang berlaku, aku tak redha dan ikhlas sebab iman aku belum cukup untuk berada di tahap yang tinggi.
Apa pon masalah yang datang, kita kena bangkit..kita bukan wanita zaman dulu yang mudah pasrah..kita pejuang wanita zaman era baru..wanita sekarang tak mudah gentar..i'll fight for my right.
'Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya'
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.