pelangi..pelangi alangkah indahmu..
merah, kuning, hijau
di langit yang biru..
pelukis mu agung
siapa yang gambar
pelangi ciptaan Allahu Akbar!
Dalam perjalanan balik petang semalam. Cantik nya pelangi nih. Teringat lagu Pelagi dalam rancangan Adik dan Al-quran ☺☺
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.
Kalau ada tunggakan yang tak sampai sembilan puluh hinggit...sampailah surat merah sebagai amaran untuk pemotongan. Tapi kalau customer buat aduan pasal masalah bekalan elektrik, malam ni komplen...esok pagi baru datang tengok, macam mana nih Tenaga Nasional Berhad? Tarif elektrik makin naik, tapi perkhidmatan...kenapa tak naikkan gak?
Ni kisah hari khamis lepas. Rumah aku tetiba shut down. Memula lampu berklip², pastu trus gelap. Tapi tak der plak dengar kotak meter tu naik ke atas. Ingatkan suma rumah tak der bekalan. Tapi rupa² nya hanya rumah aku sahaja yang terpilih tak der bekalan letrik. Alhamdulillah...aku dah habis masak, cuma tak sempat masak nasi. Kebetulan si dia memang balik lewat. Call jiran atas...minta suami dia tolong tengokkan. Memang tak der masalah. Suma ok. Dah try banyak kali pon tak bley gak. Menumpang lah kami anak beranak kat rumah jiran sampai si dia balik.
Malam tu call TNB dalam pukul 11.00 lebih. Dia bagi solution, tapi hampeh lah kan sebab memang tak boleh. Nak gi kat kotak beso kat floor kitorang tu memang tak boleh lah kan sebab dah ada amaran, hanya org TNB jer yg boleh bukak. Katanya nak datang dan nanti dorang akan call. Malam tu tido dalam keadaan yang gelap bertemankan sinar lampu kat luar. Sliding memang bukak bagi angin masuk. Alhamdulillah gak cuaca malam tu tak panas sebab baru lepas hujan...sejuk sket tido. Anak² pon tak kepanasan.
TUnggu punya tunggu sampailah ke pagi...nan ado batang hidung orang TNB...memang hampeh. Tunggu lagi sampai pukul 10.00 am lebih...sabar lagi tu tunggu. Memang @#$%^&. Call balik TNB, dorang kata ada call HP si dia...wak lu lah, satu miss call dari TNB pon tak der kat screen hand phone tu, macam mana plak dorang bley kata call banyak kali tak dapat. Dasar tak buat kerja. Kerja nak menipu customer jer.
On the spot tu gak dalam 15-20 minit dah sampai kat umah. Tak sampai 5 minit dah ada bekalan letrik nya. Bukan besar pon masalahnya, itu pon lama nak kena tunggu ker? Alahai TENAGA NASIONAL BERHAD @ TNB, perkhidmatan tu biarlah memuaskan. Jangan tau nak naikkan harga elektrik jer.
Balik kerja petang semalam betul² meyesakkan hati, kepala, kepala lutut dan semuanya lah. Kesesakan jalan yang luar biasa daripada biasa. Ya! allah...rasa nak menangis. Menyumpah seranah jangan cakap lah, dah macam orang tak betul cakap sesorang dalam keta, istighfar bebanyak jer lah. Start jammed betul² lepas SHELL SKVE (rasanya) sampai lah masuk Highway Kajang Silk.
Perjalanan yang amik masa hanya 25-30 minit berlanjutan sampai 1 jam 45 minit. Sampai rumah pukul 8.00 pm. Hazab nya hanya DIA jer yang tahu. Di tambah pulak dengan sikap pemandu kat Malaysia nih kan...memotong barisan. Selagi boleh selit...asyik menyelit jer lah. Memang sakit hati, lagi lah bertambah jammed. Yang lori jangan cakap lah, mentang² ko besar kan, nak menyelit gak tu. Pastu dah tau memotong, tak reti² nak bagi signal...sorry lah aku nak bagi jalan. Orang lain pon nak balik gak kan.
Kepala dah pening sebab asyik tersengguk². Tekak dah mula mual. Kepala lutut dah mula gigil² macam orang kena parkinson...kejap² pegang lutut. Minyak plak dah mula susut. Dalam hati asyik berbisik 'bila nak sampai nih...apsal sesak sangat nih...bla..bla'...yang hairannya, tak der plak nampak kesan accident. Cuma petang semalam hujan. Tapi kalau hujan pon, tak der lah sesak teruk macam petang semalam. Memang sangat teruk ah kesesakannya.
Aku tak dapat bayangkan orang yang balik pantai timur...yang radah jalan sesak berjam-jam, dengan anak² kecik...perghhhhh...semalam nyer sesak pon dah buat hati menggelegak. Penat...letih sangat².
Amik bebudak kat tadika semalam, nampak dari luar anak dara tu tengah termenung kat tingkap, sambil makan roti. Mesti tertanya² 'apsal lah ibu lambat sangat nih'. Alahaiiiiii...bila tengok anak², terubat sikit lah kepenatan tu ☺☺☺