Anak dara di serang tantrum. Dah 3 hari anak dara ku itu merengek²...menangis...Sampai dah tak tau nak buat apa. Tak pernah² macam nih. Demam aritu pon ok jer, tak meragam. Yang hairannya, start buat hal menjelang petang sampai lah malam. Memang menguji kesabaran betul. Ini lah yang di namakan 'TANTRUM @ Mengamuk tak keruan' atau suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Tapi selalunya tantrum ni muncul pada usia 15 bulan hingga 6 tahun. Tapi si qahirah tak sampai pon 15 bulan.
Meleleh² air mata. Baru lepas tantrum sebab nak drive keta ngan abah dia skali...bahaya nak oiiii. Bila amik gambar, automatic trus senyap.
Bukan anak jer tantrum, ibu pon turut tantrum gak. Mana taknya, pujuk baik punya pon tak jalan. Bagi nenen tak nak. Tido pon kejap jer, terjaga dari tido trus menangis. Bagi makan tak nak, nak suap sendiri hokey. Bila tak bagi mulalak terbaring menangis². Bila bagi...erk...suka plak. Tapi bukannya makan pon. Lebih kepada main. Kesudahannya...bersepah nasik, pastu sambung tantrum balik....adoiiiiii...pastu bagi air minum sikit, selebihnya main basuh² tangan dalam cawan. Bila amik...terbaring nangis hentak² kaki. Sabar jer lah.
Balik kerja semalam tanye kat bebudak pengasuh kat nursery tu sama ada anak dara tu buat perangai ker tak. Tapi tak der plak....ok jer budak tu cakap. Hhhhmmmmm...dah ok lah tu kot. Tapi sangkaan ku meleset. Start maghrib jer mulalah tantrum nya. Tak boleh nak masak langsung. Sempat buat bubur jer. Itu pon sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan lagi dok kacau bubur. Kita kan 'SUPERMAK' ☺☺☺
Menurut dari info yang aku baca, tantrum ni terjadi berbeza mengikut tahap dan usia kanak²:
1 - Bayi
2 - Anak tatih
3 - Kanak² Pra sekolah
4 - Kanak² yang sudah bersekolah
Kiranya qahirah ni kategori anak tatih. Antaranya anak tatih kuat meradang dan mengalami tantrum atas pelbagai sebab. Antaranya ibu bapa melarang mereka untuk panjat meja, kasut hilang, sarung kaki tak cantik dan sebagainya. Hal ini adalah kerana anak tatih cepat dan mudah berasa kecewa dan tertekan, Kebanyakan anak tatih tidak banyak bercakap kerana kebolehan mereka untuk berkomunikasi secara berkesan belum benar² berkembang. Jadi, mereka mengalami masalah dalam meluahkan perasan serta untuk memberitahu apa sebenarnya yang mereka mahu kepada orang dewasa. Selain itu juga, anak tatih mengalami sedikit masalah dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Jadi, mereka tidak mamou melakukan banyak perkara yang menyebabkan mereka cepat berasa sedih, putus asa dan kecewa jika tidak dapat menyempurnakan sesuatu tugas. Tantrum paling banyak ditunjukkan oleh anak tatih apabila mereka berada dalam keadaan lapar atau dalam keadaan sakit, letih dan terlalu gembira. Kalau nak tau selebihnya bley baca kat SINI.
Itu lah kisahnya. Terlalu gembira pon bley tantrum gak kan. Aku pon dah tahu sebab apa qahirah tantrum. Selain lapar dan penat, anak dara tu dalam fasa menahan sakit. Aku perasan pon hari ahad baru nih. Tengok gusi dia bengkak atas dan bawah. Nak tumbuh gigi lagi, mugkin kali ni lebih sakit. Petang smalam ketara sangat air liur dia meleleh ☺☺. Pastu lidah dia nampak macam merah sikit. Kesian anak ibu.
Terdapat beberapa tips untuk mengendalikan tantrum kanak-kanak. Antaranya ialah cuba untuk bertenang. Jika ibu bapa terutamanya, marah, memukul-mukul atau menjerit pada anak yang sedang meradang ia bukannya membantu mengurangkan tantrum malah memburukkan lagi keadaan. Ibu bapa perlu mengawal diri dan emosi apabila berhadapan dengan anak yang sedang meradang dengan memberikan kata-kata pujukan yang positif kepada anak.
Keduanya, berfikir sebelum bertindak. Ambil masa dalam 30 saat untuk berfikir apa tindakan yang terbaik untuk meredakan kemarahan anak. Terdapat empat cara yang mungkin boleh menangani tantrum iaitu alihkan perhatian Maksudnya, cuba alih kan perhatian anak kepada sesuatu yang lain. Sebagai contoh, jika anak bermain dengan sesuatu yang tidak selamat seperti pisau atau beg duit dan mereka menangis apabila ibu bapa mengambil barang tersebut, ibu bapa perlu memberi barang lain yang boleh dimainoleh anak. Cara ini amat berkesan jika dilakukan kepada anak tatih.
Aku dah buat apa yang di sebut di atas. Bagi barang lain, tapi di campaknya lagi ada lah. Memang memerlukan kesabaran dan ketenangan hati yang tinggi untuk menangani anak tantrum nih. Ibu sendiri bley nangis di buatnya sebab tak tau nak buat apa dah. Harap² tantrum qahirah tak lama.
Apa yang setahun? Hehehehehe...29 November 2011 aritu genap lah setahun aku memandu kereta. Kejap jer masa berlalu. Macam tak caya jer dah boleh drive sendiri. Mana tak nya, 7 tahun gantung lesen memandu. Habis jer pantang anak kedua, terus kena drive gi kerja. Orang kata kalau nak asah balik skill memandu, kena amik beberapa jam kelas nak kasi confident. Tapi aku nan adonya amik. Sehari sebelum start keja, si dia jadi penumpang, memantau cara aku memandu macam mana. Hamik ko...dah lama tak pegang steering ngan gear kan, menggelabah. Kesudahannya, asik kena marah jer. Garang betul 'cikgu memandu' tu. ☺☺☺
Tibalah masa yang di tunggu². Hari pertama memandu bersendirian...dari Bangi ker Cyberjaya. DOa dan tawakal jer. Nasib jalan highway...senang sikit kan. Perjalanan yang makan masa 20-25 minit rasa macam 1 jam. Berdebar² sepanjang memandu. Sepanjang masa bawak kat lane 1. 1st time gamaknya...darah gemuruh. Alhamdulillah...akhirnya sampai gak office dengan jayannya. Tapi kan, sepanjang perjalanan ke office tu, aku lupa nak buat satu perkara. Lupa nak tarik hand break noks. Keterujaan sangat kan. Nasib tak jadi apa².
Pastu, yang buat aku selalu menggelabah ialah bila enjin selalu mati. Iyer lah...keta manual. Masih tak berapa mahir lagi nak control clutch. Gear pon ingat² lupa, kekadang klo nak tukar gear siap nengok lagi gear box tu...hahahahaha...Kalau jalan sesak lagi lah, pastu sesak plak kat jalan yang berbukit...adoiiiiii...dah menggelabah tahap gaban dah. Siap berdoa 'Ya! allah, janganlah mati enjin...ya! allah, janganlah sesak kat jalan yg berbukit' dan macam² lagi lah.
Tapi tu semua setahun yang lepas. Skang ni dah confident sket. Dah tau nak balance kalau sesak kat jalan yang berbukit. Enjin pon dah tak mati dah. Dah tak menggelabah macam dulu, nak isi minyak pon tak der masalah. Tak mcm dulu...nak isi minyak pon macam nak amik ujian, gigil...Alhamdulillah, skang suma dah ok...☺☺☺. Cuma parking jer aku masih lemah lagi. Kekadang lurus...kekadang senget. Sepanjang pemanduan nih, ada lah satu tragedi tu...Tragedi kat Plaza Tol ...hehehehehe...
Kesimpulannya..cewahhhh...kalau nak drive ni kena confident. Even dah lama tak drive, kena berani kan jugak. Kena set kan kat minda 'ala...orang lain boleh, aku pon mesti boleh'. Memula memang takut, tapi lama² perasaan takut tu akan hilang. Serius, masa aku tak boleh drive dulu aku jelous nengok orang yang boleh drive sendiri. Tapi skang aku bangga sebab aku dah bley drive sendiri ☺☺☺