Ini lah masalah kalau duduk APARTMENT. Kemudahan semua nak, tapi maintenance tak nak bayar, macam mana tu? Tak malu ker? Penduduk lain tolong cover ko nyer maintenance tetiap bulan. Apa citer ni der?
Kalau setakat 5-3 bulan skip kira ok lagi lah. Aku pon ada skip gak. Tapi kalau dah sampai 19 bulan...di ulang 19 BULAN tak bayar maintenance ini dah melampau. Kalau rasa diri tu tak mampu nak bayar maintenance, ko cari jer lah rumah lain. Masa beli rumah pon developer dah bagitau maintenance fees yang perlu di bayar setiap bulan. Takkan ko tak tau, ker ko buat² tak tahu?
Bila JMB kata rumah yang lama tak bayar maintenance mungkin akan di sita oleh MPKJ tau plak ko komplen...kecoh tak bertempat. Dah salah ko, nak kecoh amendenya der? Cer citer sket?
Aku benci ngan orang yang tau nak komplen jer, itu tak kena...ini tak kena. Tolonglah...sebelum nak komplen cermin diri tu dulu. Sendiri tak betul nak banyak songeh plak.
Minta tolong sket der...yang tak pernah bayar tu tolong lah bayar duit maintenance yang dah lama sangat tertunggak tu yer sebelum rumah ko kena sita dek MPKJ. Bukan sorang dua yang tertunggak banyak....ramai sangat. Aku dah tengok senarai nya.
Akhir kata, PEACE...NO WAR