Masih dalam mood risau. Telinga anak dara tu masih berair lagi. Selsema masih belum reda. Ubat yang dr ENT bagi hanya boleh di pakai untuk seminggu sahaja. Esok ada follow up lagi. Harap² gegendang telinga yg dah ada lubang sebesar jarum tu dah terkatup dan ada lah solution hendaknya macam mana nak hentikan selsema tu dari kluar ikut telinga. Sehari dua...ok jer telinga qahirah, tapi tak lama lepas tu berair balik. Kesian sangat tengok. Tak selesa.
Skang nih di serang batuk pulak. Start dari ahad aritu. Memang tak cukup tidor di buatnya. Pagi senin kepala aku dah start weng...kefeningan...Nasib dah apply cuti tak di rancang. Ya! allah...dugaan sungguh. Bertabahlah yer wahai anakku.
Nak gi keja pon macam tak der mood jer. Memikirkan kesihatan anak. Rasa macam nak amik cuti lama sket jaga anak kat umah. Biar betul² sembuh baru hantar nursery. Huurrmmmmm...Kesian anak aku.