Selepas Hampir 2 Jam Terperangkap Dalam Kereta, Bayi 7 Bulan Berjaya Di selamatkan
Aku Friday, October 07, 2011Sapa tengok Buletin Utama malam tadi? What say you? Apa yang aku bley katakan, ibu nih cuai. macam mana bley tinggalkan baby dalam kerata. Kot yer pon tergesa², amiklah baby tu dulu. Pastu kenapa nak tunggu masa yang lama nak selamatkan anak? Pecah kan jer lah cermin kereta tu. Hanya ibu tu jer yang bley jawab. Kesian kat baby tu. Menangis² dalam kereta. Alhamdulillah...baby tu tak apa².
Cerita dari Portal TV3
Seorang bayi terperangkap dalam sebuah kereta selepas ibunya tergesa-gesa meninggalkan kereta untuk mengambil seorang lagi anaknya yang belajar di tahun dua Sekolah Rendah Pendidikan Islam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Ibu muda yang hanya mahu dikenali sebagai Zurina, datang ke sekolah ini bersama bayinya, Fawdah.
Sebaik masuk ke kawasan sekolah, tanpa disedari kenderaan ini terkunci secara automatik.
Akibatnya bayi terperangkap dalam kenderaan berhawa dingin dan enjinnya masih hidup.
Menyedari kejadian itu pelbagai pihak termasuk guru dan orang ramai cuba membantu membuka pintu kenderaan tapi gagal.
Berikutan itu, seorang pekerja syarikat milik suami wanita ini bergegas ke Pelabuhan Kuantan untuk mengambil kunci pendua.
Bayi berjaya diselamatkan selepas hampir dua jam terperangkap.
Peringatan untuk diri sendiri dan ibu² di luar sana. Tolonglahhhhhh...jangan tinggalkan anak dalam kereta yer.