Setelah lama tidak mendapat, baru kini muncul kembali...ahakssss...BE Mamil Gold ni dah lama running. Tu jer lah yang ada. Sampai lah muncul BE yang baru. Walaupon 2 jer BE, tetap bersyukur, daripada tak dapat langsung kan...duit nih, sapa nak bagi.
Hajat di hati macam nak cash-out jer hujung bulan nih, tapi tamak haloba lah plak kan. Nak tunggu duit beranak lagi...ekekekekeke...
Aku dapat citer ni pon dari FB. Kisah baby Aisya yang tercurah kuah tom yam yang baru di masak. Baby ni baru 7 bulan. Ya! Allah...bayangkanlah betapa sakitnya menanggung. Menangis sampai tak keluar suara dan air mata. Aku yang baca pon nak nangis. Sedih sangat bila tengok condition aisya yang melecur. Smoga parents aisya tabah dengan dugaan nih dan semoga baby aisya cepat² sembuh.
Kalau nak detail bley baca kat sini:
TRAGEDI SEPTEMBER - Aisya's story
Dari apa yang di ceritakan, owner ni memang patut di saman ataupon harus menanggung kos rawatan baby aisya. Datang melawat pon tak...apa punya orang lah. Tak der perikemanusiaan langsung.
Lepas satu...satu dugaan lagi datang kat anak dara sorang nih. Memula dulu kena sakit mata, kali ni kena jangkitan telinga plak. Pagi semalam aku betul² terkejut tahap gaban. Sebab tak pernah alami situasi macam nih. Telinga qahirah berair macam bernanah, pastu berlendir, berdarah sket dan berbau. Patutlah malam tu dia tak lena tido. Kejap² bangun, pusing kanan kiri, merengek. Rupa² nya telinga sakit...siannnnn sangat.
Trus siap² gi klinik. Sampai klinik agak ramai gak lah orang. Dr. plak dah habis shift, kena tunggu dr lain. Tiba giliran dr check...kena infection. Biasanya budak² yang dok nursery akan kena sakit telinga nih. Kalau antibody tak kuat memang budak boleh demam. Alhamdulillah...qahirah tak demam, active macam biasa, cuma merengek sket, mungkin telinga tak selesa.
Satu faktor lagi mengapa kanak-kanak kerap berhadapan dengan OM kerana tisu yang mengembang di belakang kerongkong (adenoids) kanak-kanak biasanya lebih besar berbanding dewasa. Adenoids terdiri daripada sel limfa yang besar untuk melawan jangkitan. Ia terletak di belakang bahagian atas tekak. Kerana saiznya, adenoids boleh mengganggu pembukaan tiub eustachian. Malah, adenoids mungkin berhadapan jangkitan dan jangkitan itu akan merebak ke tiub eustachian.
Lagi satu, kalau nak korek telinga anak, pastikan pakai cotton bud khas untuk baby. Kalau pakai cotton bud yang besar, kita bukan korek tahi telinga tu, malah menolak lagi tahi telinga tu masuk kedalam. Basahkan cotton bud dengan air suam sebelom korek. Ini yang dr tu cakap ^_^
Info Jangkitan Telinga
Pengenalan
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.
Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ?
Ada 2 jenis jangkitan telinga:
- Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
- Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.
Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga ?
- Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang
- Adik beradik yang dijaga di pusat harian.
- Bayi yang diberi susu botol
- Terdedah kepada asap rokok
- Pembesaran adenoids
- Sumbing bibir
- Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga
Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?
Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan. Tanda-tanda biasa ialah:
- Kesakitan dalam telinga
- Resah dan mudah meradang
- Tidur yang selalu terganggu
- Selalu merentap dan menarik cuping telinga
- Nanah keluar dari telinga
- Kurang selera makan
- Lelehan hidung
- Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
- Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan
Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga?
Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung.
Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak dan ada-kalanya bernanah.
Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?
Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami :
- Telinga bernanah yang kronik
- Kurang pendengaran
- Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.
Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?
Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.
Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:
- Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
- Ubat demam
- Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
- Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
- Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga
Jangkitan telinga yang berulang-ulang:
- Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
- Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian
Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?
Ya, langkah yang baik ialah :
1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
5. Elak :-
- Terdedah kepada asap rokok
- Penggunaan puting
- Penyusuan susu botol semasa baring
- Alahan yang diketahui
Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”
Apakah kesan dalam jangka masa panjang?
Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.