Sana...sini...sinun dok citer and tayang gambar raya memasing. AKu...baru nak bukak citer ☺☺☺.
Di mulakan dengan sehari sebelum raya. Pagi senin terus gerak gi umah mak. Hubby hantar aku, anak² ngan 3 buah bag, pastu trus gi keja. Kerja aku plak kemas rumah, pasang langsir pastu tolong mak kat dapur. Kalau malam raya memang aku tak cukup tido sebab kerja mengemas dapur adalah kerja aku. Biasalah kan...lepas masak juadah raya, dapur dah macam tongkang pecah.
Malam raya tu gak orang² masjid akan datang dari rumah ke rumah untuk bertakbir raya. Jangan tak tahu, kat area rumah aku masih ada lagi aktiviti macam nih. Tapi orang² lama dah tak ramai, banyak budak² jer. Seronok ah dorang sebab dapat banyak duit raya ^_^. Tiap² tahun memang ada aktiviti nih.
Pagi raya dah start sibuk. Sediakan juadah pagi sebelum gi sembahyang raya. Pepagi gak hubby kejutkan iman. Anak bujang tu sibuk nak gi masjid. Nak ikut abah solat raya kat masjid. Cuak gak hubby masa bawak iman gi masjid sebab hilang kejap. Rupa² nya gi kat kolam tgk ikan.
Posing dulu sebelum gi masjid.
Bila semua dah balik dari masjid, mulalah acara bersalam dan bermaafan. Syahdu lah plak kan. Pastu acara bergambar.
Rumah Hijau @ Keluarga Abang no. 2 bersama mak tercinta.
Rumah biru @ Keluarga aku lah ☺☺☺.
Gambar beramai². Gambar rumah oren...family kakak aku nan ado lah plak. Kat camera lain gamaknya. Time nih tak cukup korum, abang aku sakit perut, hubby plak tukang amik gambar, tak sempat nak masuk skali...haihhhh...
Mak bersama cucu² tercinta.
Selesai acara bergambar trus gi beraya umah jiran². Memang kenyang perut ah...asyik makannnnnnn jer.
Tahun nih kakak aku yang kat Terengganu and kat Bangi tu beraya kat KL. Abang yang no. 2 ni pon sama gak. Adik balik johor umah mertua. Abang Long ngan aku memang tiap² tahun raya umah mak dulu lah gamaknya ^_^. Tapi tu lah...susah betul nak kumpul ramai² amik gambar. Abang long ngan kakak aku lagi sorang sampai umah mak tengah hari. Bergambar pon mana yang ada jerlah.
Gambar aku ngan anak dara berdua lagi lah nan ado. Lepas mandi jer anak dara tu tido...haihhhh...trus lupa nak posing ngan anak² sebab sibuk beraya. Banyak gak rasa terkilannya. Gambar berempat, berdua ngan hubby, berdua ngan iman, gambar anak dara berbaju kurung, gambar anak bujang hensem bersampin...suma nan ado. Tak teringat nak amik....huhuhuhuhuhu...tu lah, sibuk makan juadah raya sampai lupa sumanya.
Raya kedua plak gi umah mak cik hubby kat puncak alam, pasru beraya kat umah member² dia area situ gak. Balik umah mertua pon raya ke 4 sebab dorang suma beraya kat Perak.
Itulah kisahnya....raya...makan...makan...makan dan makan jer lah. Menaikkan berat badan. Tapi aku terkejut nengok berat badan aku...tinggal 44 kg...hehehehehehehe...Makan banyak tapi berat naik tak banyak *_^
Macam tu lah kalau dah cuti lama sangat. Rasa lemau jer pagi nih nak bangun. Rasa malas jer nak gi kerja. Macam tak cukup plak cuti seminggu tu...ekekekeke...
Haihhhhh...tak tau lah nak citer apa. Blur plak rasanya. Nak citer pasal raya, memory card tinggal kat umah. Nak citer pasal jalan sesak masa balik kampung, tak der lah plak sebab kampung pon kat kampung pandan KeyEll jer...jalan pon lengang masa balik aritu ☺☺
Adoiiii...seminggu tak menaip rasa beku plak. Nak jalan² dulu.
Sticky post until 4th September 2011. Scroll down untuk entry baru. Akan kembali bersiaran seperti biasa lepas Pn. punya blog balik dari cuti raya ☺☺☺
Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Esok adalah hari terakhir saya bekerja sebelum cuti seminggu...yeay...Memandangkan hari ni dah ramai yang mula bercuti, di kesempatan ini...saya & keluaga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Follower, Blogger, Anon, Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa.
Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna dan selamat sebelum memulakan perjalanan. berhati² di jalan raya. Semoga anda selamat sampai ke destinasi.
Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)