Suara Kumpulan Ibu² Menyusu untuk menuntut hak. Baru² nih berlangsung acara Breastfeeding Flash Mob di KLCC. Walaupon tak pergi, tapi rasa bangga bila tengok kumpulan ibu² menyusu nih berkumpul sebagai tanda sokongan. Artis Dynas tu pon turut serta gak tau ^_^. Info pasal flash mob:
'Flashmob ini diadakan kerana beberapa insiden yang boleh dikatakan mennzalimi hak ibu menyusu yang berlaku di KLCC, di mana ada para ibu yang dihalau/ditegah untuk menyusu semasa berada dalam tempat tertutup seperti di surau/duduk di bench KLCCC walhal ia dilakukan secara sopan dan discreet
Breastfeeding perlu di tekankan sebagai suatu yang normal dan alami.
Adakah anda lebih sanggup baby anda disusukan dalam toilet jika anda sendiri tiada selera untuk makan di tempat kotor sebegitu? berbanding disusukan di tempat umum dalam keadaan aurat terpelihara?'
Source: YouTube
Tak sangka pulak management KLCC macam tu sekali. Aku plak memang dah lama tak ker KLCC, tak tau plak macam tu citernya. Tak boleh nursing in public. Kalau nak nursing kena pergi Baby Room. kalau baby dah melalak² kelaparan, takkan nak cari baby room lagi kan. Dalam group KIM smalam ada citer, nak masuk baby room untuk nursing pon kena bayar...haihhhhh....
Yang ni plak citer pasal pengalaman dia di halau dari surau KLCC semata² nak pam susu. Bley baca kat SINI.
Banyak lagi citer dan gambar² pasal breastfeeding flash mob ni kat FB. Search jer klo nak tengok. Memang meriah. Semoga penyusuan susu ibu makin mendapat tempat di hati ibu² dan bakal² ibu. Dengan adanya acara macam nih, sekurang² nya dapat membuka mata dan minda tentang kepentingan susu ibu dan kumpulan sokongan susu ibu.
FEED The FUTURE!!
I'm proud to be a breastfeeding mom. It's 100% Organic, Fresh and Free, anytime...anywhere ☺☺☺