1st time gi members day sale nih. Apa yang aku bley katakan. Sorry lah...tak der lah aku nak gi lagi lepas nih. Tak kira lah Sogo atau Jusco members day.
Sabtu baru nih saja ajak hubby gi Sogo. Terpaksa gak bawak bebudak tu. Nak tinggalkan ngan sapa plak kan. Jalan agak sesak gak lah. Tapi still under control. Lagi pon dah petang kan. Aku sampai Sogo dalam pukul 8.00 malam. Parking kat Maju Junction. Kalau nak parking kat sogo, memang nan ado lah kan.
Sampai jer sogo...ya! ampun, dah macam nak nengok concert gamaknya. Ramai giler orang. Nak masuk sogo lagilah...beratur. Kat dalam pulak, masya'allah...ramai nak mam**. Dari satu floor ker satu floor kami terjah. Ya! allah...sesak dengan manusia, jammed wei, tak boleh nak jalan. Kaunter jangan cakap lah, beratur panjang orang nak membayar.
Ingatkan kalau gi malam sket tak der lah ramai sangat orang, tapi hampeh...lagi malam lagi bertambah manusia dalam sogo tu. Daripada sorong stroller terpaksalah lipat balik stroller sebab susah nak jalan. Nasib stroller jenis umbrella fold and ringan.
Nak memunggah baju lagi satu hal, nak pilih yang cantik lagi. Memasing berkerumun. Dah macam 'siapa cepat dia dapat' plak konsepnya...muahahahaha...Aku pon jadi blur sebab tak tau nak pilih, pilihan yang cantik utk anak dara tu pon tak banyak sangat, tambahan plak kepala sudah pusing dengan kesesakan kat sogo tu. Kesudahannya...dapat lah sambar 2 helai seluar and 3 helai baju untuk anak dara. S1 abang plak sempat sambar sehelai jeans jer. Total suma tak sampai RM150.00. Baju untuk IbuAbah nan ado, tak tercapai dek akal nak memilih dalam keadaan kesesakan yang luar biasa macam tu.
Pengajarannya...tobat lah. Tak kuasa dah mak nak gi time members day sale nih. Gi time sale biasa pon jadilah, hati pon puas. Daripada bersesak-sesak. Kesian kat bebudak, ada sampai terbaring atas lantai pon ada, penat tunggu mak habis soping agaknya. Dengan tangisan baby lagi, nasib anak dara nih tak meragam...haihhhhhh...cukup² lah tu.
Tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan berpuasa. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni.
Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Maaf di pinta kalau ada posting² yang terdahulu menyinggung perasaa mana² pihak. Mana tau kan ☺☺☺.
Semoga ibadah kita di berka dan di terima olehnya, insya'allah ^_^
2011 Mid Year Review and Performance Appraisal
This exercise is to be completed not later than 29 July 2011 @ Friday