Haihhhhh...blogspot buat hal lagi lah smalam. Syok² dah buat entry tak bley publish plak. Ok...ni entry smalam.
My boss last day hari nih. Lady boss yang best. Ada yang kata boss pompuan nih cerewet. Memang tak di nafikan lah, cerewet memang ada. Tapi tak der lah teruk sangat. Biasalah...orang pompuan nih kalau buat keja nak kena detail.
Sedihlah...Dapat bos yang best, colleague yang best, sumanya resign sebab tak tahan dengan *org tu*.
Sedihlah...boss pesan kerja elok². Even environment dah tak best. Fikirkan yang kita kerja untuk company, bukan untuk *org tu* tu. Kalau fikir pasal *org tu*, memang sakit hati. kalau ikutkan...dia memang sayang nak resign, tapi nak buat macam mana. Kesabaran pon ada hadnya gak kan. Dah orang tak pandang kemampuan kita, buat apa kita nak bertahan lagi.
Sedihlah...Working environment skang makin membosankan. Tak macam dulu. Lately nih pon nak kerja rasa macam tak best...tak der mood...tak seronok. Kalau dah ada politik kat office nih, faham² jer lah.
Untuk my lady bos tu, all the best to you.