Mood pagi nih adalah sangat² happy. Akhirnya...terjawab sudah persoalan perasaan yang bercampur baur, takut...berdebar² dan berserabut yang menghantui aku selama 2 minggu nih. Tanda² yang menunjukkan aku macam pregnant tu ada. Antaranya:
1) Sakit perut nak period tapi tak period² gak.
2) Susu merudum tak hingat.
3) Heartburn menyerang secara tiba²
4) Perangai anak dara jadi mengada² lately.
Memang tak syak lagi, confirmed yang aku memang di sahkan:
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
Positive
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
Tak pregnant...weeehuuuuuuuu...
Kawan baik yang selama nih malu² nak kluar datang jugak petang semalam. Memang cuak tak hingat dunia wei. Bila di fikirkan balik, mungkin sebab lately aku agak stress. Sebab tu hormon sudah lari. Ahhhh...tak kiralah, lepas nih kena buat extra precaution.
Untuk family planning, aku memang tak amik apa² ubat mahupon injection. Seram lah aku nak kena cucuk² nih. Bab makan ubat plak, memang aku jenis susah nak makan ubat, memang tak ikut timing. Lagi pon aku jenis takut nak makan ubat *_^, melainkan kalau dah terpaksa. Kalau ubat tu beso sangat, sanggup aku belah dua. Tekak kecik katakan...muahahahaha...
Setakat nih, kaedah perancang kami adalah natural planning. Alhamdulillah...gap 3 tahun gak untuk anak kedua. Tapi tu semua perancangan dariNYA. Kita hanya merancang jer kan.
Kesian kan. Nampak jer badut trus anak bujang aku nih stress. Ngan mak pak skali ikut stress sebab terpaksa nak memujuk. Dah di terangkan banyak kali yang BADUT tu orang biasa...dia pakai topeng jer...bla..bla..bla...tapi tak jalan gak.
Tak tau nak buat macam mana dah. Serba salah pon ada di buatnya. Skang nih kalau ada jemputan Birthday Party yang melibatkan BADUT, aku terpaksa fikir banyak kali sama ada nak pergi atau tak. Ni pasal anak bujang nih lah. Masih lagi takut kat badut. Umur nak masuk 4 tahun dah. Bukan takat takut kat badut, maskot KFC dan tarian singa yang bunyi bising² tu pon takut gak. Ntah apa yang di takutkannya aku pon tak tau lah. Hangin pon ada di buatnya, malu pon yer gak tapi dalam masa yang sama nak tergelak di buatnya.
Sanggup tu, tengah syiok² layan persaan dok dalam stroller, bila nampak jer badut dari jauh bley bangun secara mengejut...berjalan tak tentu arah sambil menangis ketakutan. Terpaksalah abahnya kejar.
Baru² ni masa gi birthday party kat Tasik Titiwangsa. Ingatkan tak der badut. Sekali bila sampai tengok badut tengah buat show. Apalagi...sendiri mau ingatlah. Tak der nya dia nak datang balik kat party tu. Terpaksalah hubby bawak pusing² tasik. Haihhhhhh...
Nak hilangkan tekanan lepas jumpa BADUT ^_^
Skang nih klo keluar jalan² mesti dia tanya 'Ibu...ada badut tak? Kita tak nak jumpa badut sebab kita takut'. Selalu aku tanya kenapa takut badut? Jawapan dia 'Iyerlah...badut tu jahat'. Hhhhmmmmm...jahat tang mana aku pon tak tau.
Tapi lately, perasaan takut iman makin menjadi² plak. Takut bila hujan lebat, takut dengar bunyi guruh. Bila hujan lebat dengan bunyi gutuh, mulalah dia tutup sliding door...pastu tutup telinga ngan tangan. Kalau keluar jalan², bila tengok cuaca macam nak hujan jer dia jadi tak tentu arah....ajak balik rumah. Pergi toilet pon takut...nak berteman. Nak kena bawak berubat gamaknya budak nih.
Aku cuba cari info pasal perasaan takut di kalangan kanak². Ni info yang aku dapat.
Objek atau keadaan yang ditakuti oleh kanak-kanak berbeza mengikut usia mereka. Kanak-kanak yang berusia satu hingga dua tahun sering berasa takut pada suasana gelap, bunyi mercun, bunyi guruh yang kuat atau binatang seperti semut, lipas dan anjing Kanak-kanak yang berusia empat tahun keatas pula mungkin sering dilanda perasaan bimbang apabila memikirkan soal kematian dan penyakit yang mungkin menimpa ibu bapa mereka. Perasaan takut boleh menguasai fikiran anak akibat daripada beberapa perkara. Ibu bapa sendiri mungkin secara tidak sengaja menimbulkan rasa takut dalam diri sianak apabila mereka mempamerkan perasaan takut mereka terhadap sesuatu benda itu dihadapan anak mereka.
Perasaan takut memang sering terdapat di kalangan kanak-kanak tetapi kebanyakannya akan hilang dengan sendiri. Ibu bapa perlulah mengetahui bagaimana timbulnya perasaan takut itu dan bagaimanaia boleh berlanjutan. Ia perlulah dianalisa untuk mengetahui asas kewujudannya. Kanak -kanak yang mengalami perasaan takut boleh dipulihkan dengan menggunakan strategi psikologi. Ibu bapa ingin anak-anak mereka menjadi dewasa dengan penuh keyakinan diri tanpa sebarang perasaan takut yang tidak berasas ( irrational fears ). Jika anak anda mempunyai perasaan takut yang agak keterlaluan, eloklah dapatkan nasihat ahli psikologi atau pakar kanak -kanak yang arif tentang masalah tingkah laku kanak-kanak supaya keadaan ini dapat dipulihkan seberapa segera"
Untuk lebih detail bley baca kat sini Perasaan Takut Di kalangan Kanak²
Nampaknya kena buat sesuatu untuk iman nih....sebelum penyakit takutnya jadi semakin teruk.