Salam pagi jumaat semua. Kejap jer dah jumaat kan. Ok...pagi nih aku nak share satu petua yang aku dapat. Pada yang dah tau, tak per lah. Pada yang belum tahu, elok lah di amalkan selalu.
Petua ni adalah dari seorang pakar motivasi. Elok di lakukan oleh salah seorang...ibu atau bapa. Tapi lagi elok kalau kedua² IbuBapa buat skali iaitu ibu buat, di ikuti oleh bapa. Insya'allah anak akan lebih merasa di hargai.
Setiap pagi, sebelum pergi sekolah atau sebelum tidur, berdiri di belakang anak dan kedua² (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat. Letakkan kedua² telapak tangan ibu/bapa yang di rapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut. Lepas tu bacakan Al-Fatihah dan Al-Insyirah (Alam-nash-rah...) hingga habis dan niat kan dalam hati...mohon pada Allah "Ya Allah, permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan di terangkan hati, di tetapkan iman" serta doa² lain yang di hajatkan. Lepas tu kucup dahi anak.
Jangan malu nak kucup dahi anak² walaupon anak dah besar (selalunya bapa akan rasa malu nak cium anak lelaki dewasa kan ☺)
Di beritahu juga...telapak tangan kita ni ada aura dan mestilah di gunakan sebaiknya. Sebab tu lah orang tua² kata jangan tampar anak guna telapak tangan.
Tanamkan semangat untuk buat setiap hari dan cuba anda lihat kesannya. Kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali atau seminggu sekali pon tak per. Jangan tak buat langsung.
Insya'allah...semoga anak² kita menjadi anak yang mendengar kata kedua IbuBapa, di terangkan hatinya dan di kuat kan imannya.
PErasan aku bercampur baur skang nih, macam gambar di atas. Tak tau nak luahkan macam mana nih. Yang pasti, aku TAKUTTTTTTTTT...Citernya:
Aku rasa peyod aku dah lewat nih. Tapi aku keep thinking positive jer. Tak de apa² tu...peyod lewat kot...perubahan hormon gamaknya sebab stress...breastfeeding mom biasalah peyod lari²...bla bla bla...
Perut aku memang ada tanda² sakit nak peyod, tapi tak peyod² gak dari minggu lepas. Aku klo nak peyod memang hasil susu akan merudum dan akan kembali normal bila peyod dah kluar. Tapi nak masuk 2 minggu nih susu aku masih merudum dan peyod tak nak kluar²...uuwwaaaaaaa....tolonggggg...
Serioussssss...aku tak ready lagi. Dari segi mental, fizikal dan kewangan. Tapi kalau dah rejeki Allah nak bagi, aku kena terima dengan hati yang redha. Tapi harapan aku sangat tinggi yang aku tak PREGNANT.
Aku takutttttt...takut nak buat pregnant test. Tolonggggg...bagi aku kata² semangat yang boleh mengembirakan hati aku yang tengah gundah gulana nih.
Memang buat onar betul anak² mak smalam noks. Sakit mata di buatnya. Bukan onar apa pon. Biasalah bebudak...buat sepah aja kerjanya. Adoiiiii...ponek ibu ko nak kemas nak oiii...
Scene pertama: Anak dara nih dah pandai bukak kabinet TV, dalam tu ada buku. Si abang pon join memunggah skali. Abaikanlah gambar yang blur itu yer. Camera HP sajork.
Scene kedua: Si abang dah dapat barang yang di cari. Si adik plak masih mencari...memilih bahan yang sesuai untuk di baca...muahahahaha...
Scene ketiga: Finally...si adik dapat jugak barang yang di kehendaki. Si abang tukang cerita. Tapi si adik...sedap betul dapat makan buku tu yer.
Harap maklum, kawasan kejadian memang berselerak...abaikanlah. Tu baru kat situ bersepah, kat atas kerusi...haihhhhh...merata² barang mainan. Nak bagi anak senyap, gitu lah gamaknya, sepah pon sepah lah, janji mak boleh masak dalam keadaan aman yer noks. Melainkan.....
Anak dara nih menangis kalau ibu tak der depan mata atau kalau anak dara nih merayap satu rumah yang membuatkan energy si ibu berkurangan di sebabkan asyik angkat ► letak tempat asal ► anak dara merayap semula ► sampailah berkali² aku kena ulang benda yang sama. Penyelesainnya...duduk lah dalam BABY CHAIR tu ye nak.
Aku letak kat dapur. Bagi menan biar dia leka. Tapi bebudak biasalah, mana nak duduk lama².
Rutin harian hari². Amik anak dari nursery. Angkut 3 bag bawak naik tingkat 2. Pastu mesak, kemas sket²...tak larat tinggalkan jer, layang anak dan macam² lagi lah. Memang kurus di buatnya, tak yah susah² nak gi slimming centre ☺☺☺