DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.
Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah bermaksud:
"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:
"Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."
Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya
Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang
Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa
Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat
Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...
Alhamdulillah...masih lagi bersabar.