Siapa ada masalah nih sila angkat keyboard ☺☺☺. Boleh geng ngan Iman. Dah lama aku nak cari info nih, akhirnya jumpa jugak. Dalam majalah Pa & Ma bulan Mei ada di bincangkan topik nih.
Masalah ni yang buat aku ngan hubbby tak lena tidor. Pagi nih memang mengantuk giler sebab tidur kami di ganggu dengan Bruxism. Nak marah pon ada di buatnya, kejap² berbunyi gigi dia tu, dah lah kuat.
Malam tadi sku ngan hubby sampai dah naik hangin sebab tak bley tido. Sampai satu tahap geram tahap gaban, hubby aku letak iman tido dalam bilik, menangis budak tu...aku pon nangis gak sebab kesian, tapi kan, aku rasa hubby pon tangkap leleh gak lah sebab nampak mcm kesat² mata...huhuhuhu...Tapi tu lah, bukan kehendak iman kan, dia pon tak sedar. Amik balik tido sesama. Memang susah nak tido wei kalau dengar bunyi gigi nih. Melainkan kalau yang jenis tido lena tak hingat dunia.
Ini antara infonya:
Bruxism (clenching teeth, grinding teeth), dalam bahasa Melayu disebut mengerat, yakni menggesek-gesekkan gigi geligi rahang atas dan bawah dengan sangat kuat hingga terdengar bunyi cukup kuat dan ngilu. Bruxism terjadi dalam keadaan tidak sedar, biasanya waktu tidur malam hari. Bagi sesetengah orang ia berlaku sepanjang hari. Bruxism boleh berlaku pada orang dewasa maupun kanak-kanak. Yang membezakannya ialah pada penyebab serta akibat yang ditimbulkannya.
Kenapa Bruxism Berlaku?
Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di kalsifikasikan kepada 2 iaitu:
Faktor bruxism pada kanak-kanak:
Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.
1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.
2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini. Tertekan rupanya anak bujang aku nih. Tengah hari tertekan kat nursery, balik umah tertekan ngan ibu abah yg asyik marah²...kesiannya anak aku nih.
3. Rasa tidak nyaman atau rasa sakit pada saat menderita flu, infeksi telinga disebabkan reaksi alahan atau alergi terhadap sesuatu. So far, selsema atau tak sentiasa ada bruxism nih.
Faktor bruxism pada orang dewasa:
Bagi orang dewasa penyebab utamanya adalah masalah emosi, seperti stress kecemasan, kemarahan, sedih atau frust, dan lain-lain. Orang yang agresif atau selalu cepat marah diserang bruxism. Salah tidur atau posisi tidur yang kurang baik juga boleh mencetuskan bruxism.
Apa Akibatnya?
Semasa bruxism berlaku, tekanan kunyah pada gigi amatlah besar, dan ia mencapai lebih dari dua kali hingga enam kali dari tekanan kunyah normal. Akibatnya, boleh menyebabkan kerosakan pada gigi maupun sendi rahang. Permukaan gigi menjadi rata kerana tonjol-tonjol gigi menjadi haus akibat gesekan yang kuat. Selain gigi menjadi buruk, gigi anda juga akan menjadi sensitif keranaa terbukanya lapisan dentin gigi.
Kerosakan juga terjadi pada jaringan penyangga gigi, seperti tulang alveolar (tulang tempat tumbuhnya gigi) serta jaringan periodontal (jaringan pengikat gigi pada tulang), aitu terjadi radang yang menimbulkan rasa sakit dan kerosakan jaringan yang parah. Kerosakan pada sendi akan menyebabkan kesukaran menggerakkan rahang. Rasa sakit yang ditimbulkan bruxism boleh melarat kepada sakit kepala, telinga dan leher, juga otot-otot muka, terutama terasa pada waktu bangun tidur.
Petuanya:
1. Anda perlu memakai khusus semacam prothese yang terbuat dari bahan acrylic atau silicon yang secara perlahan-lahan akan mengurangi ketegangan otot-otot di bahagian kepala, leher dan bahu. Dalam hal ini anda disarankan berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan nasihat profesional.
2. Anda perlu solat atau lapangkan fikiran anda sebelum tidur dan semua pemikiran anda pada siang hari yang telah membuatkan anda stress, perlu dilupakan atau dihilangkan dari ingatan anda sebelum tidur.Source: SINI dan SINI
Tu dia, harga serendah 10 sen jer. Situ...sana...sini tengak sibuk dok booking seat kan. Tapi kalau nak dapat harga tu kena pandai pilih date lah. Adik aku pon ajak gi Bandung, bulan MEI tahun depan. Tiket pergi balik untuk somi isteri baru RM130. Kalau 4 beranak macam aku nih dalam RM230...murah tu. TApi tu lah...hubby aku cakap lama sangat nak tunggu tahun depan...haihhhhh...
Skang nih line AirAsia tengah hot. Nak booking pon hang jer. Pada yang belum booking tu, cepat² lah booking yer.
TAKZIAH buat Keluarga Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat
Aku Monday, May 23, 2011Salam pagi Isnin semua. Di mulakan dengan Al-Fatihah buat mangsa² tragedi Tanah Runtuh. Semoga mereka di tempatkan di kalangan Orang² yang Beriman.
Memang sedih dan terkejut bila dengar berita hari sabtu baru nih. 16 menjadi mangsa korban tanah runtuh. Pagi nih dengar Hotfm, tetiba bley nangis plak ...Aduhhhhh...tersentuh hati aku, pastu pasang lagu maher zain, lagi syahdu di buatnya.
Gambar terakhir sebelum kejadian. Source di blog CikMot
Semoga kejadin macam nih tak berulang lagi. Di fahamkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat tiada CF. Sumber MPKj berkata, bangunan itu dibina tanpa mendapatkan kebenaran merancang, kelulusan pelan infrastruktur, kelulusan pelan bangunan, selain tidak memiliki sijil layak menduduki (CF).