Semalam terbaca pasal BULI kat blog Bro Nik - Sharinginfoz .
Ha...amik ko, macam lah iman tau buli tu apa.
'Buli adalah salah satu bentuk perilaku yang agresif di mana seseorang dengan sengaja dan berulang kali menyebabkan orang lain cedera atau tidak selesa. Ianya boleh berlaku dalam bentuk pengenaan fizikal, kata-kata atau tindakan yang lebih halus i.e. secara emosi.'
'Orang yang dibuli biasanya mengalami kesulitan membela dirinya sendiri dan tidak melakukanapa-apa pun setelah dibuli'
Kiranya Iman bley di kategorikan sebagai kena buli lah erk ☺☺☺. Ni kes Iman tak nak gi nursery. Dari last week lagi. Hari jumaat aritu menangis² tak nak pergi, tak nak keluar dari kereta. Nak tak nak terpaksalah tarik gak keluar. Aku tanya kenapa tak nak gi nursery?
IMAN: (Sambil nangis) Iskandar pukul kita.
IBU: Lagi iskandar buat apa?
IMAN: Dia sepak...dia pukul kat pipi
IBU: Siapa lagi yg buat iman?
IMAN: Haraz marah kita
IBU: Iman tak lawan ker? (Dah hangin dah)
IMAN: *Diam*
IBU: Lenkali...klo orang buat awak, awak lawan balik, jangan diam, klo diam memang lah dorang asik buli jer.
Ha...amik ko, macam lah iman tau buli tu apa.
Patut ker aku sebagai ibu cakap macam tu kat anak? Iyer lah, bebudak klo main biasalah kan, tapi klo dah sampai anak aku takut nak gi nursery, macam fobia pulak jadinya...macam mana tu? Kebetulan pagi tu owner taska ada. Di pujuknya iman. Pastu panggil budak 'Iskandar' tu. Aku pon slow talk lah ngan bebudak nih. Pastu soh dorang salam.
Pagi nih drama air mata lagi. Kali nih ngan budak pompuan plak. Pengasuh kat situ cakap, budak pompuan nih memang selalu buat budak lain, memang jenis kasar dan agresif lah. Dengan cikgu pon dia lawan gak, memang jenis tak makan saman. Adoiiiii...macam mana nak buat nih. Si iman hari² takut nak gi nursery.
Bley di katakan tiap² pagi drama air mata, kesian plak aku tengok. Siap pesan kat aku soh balik cepat. Pukul satu kena amik dia...erkkkkkk...dalam sedih² sempat buat lawak lagi.