Ni sambungan citer Anak dara sakit mata Ngeri tak? Tapi ada yang lagi teruk dari ni kan. Bagi aku yang pertama kali alami situasi macam nih, rasanya ngeri gak lah. Ko bayangkanlah budak 7 bulan kena buat treatment cuci mata. Eeuuuwwwwwww...tak sanggup mak nak tengok noks.
Mata anak dara lepas buat treatment.
Masa appoitment ngan Dr. Pakar Mata jumaat lepas, dr cakap dalam mata qahirah ni ada selaput kat kelopak mata atas. Tu yang buat mata dia jadi bengkak, berair dan bertahi. Pastu kalau tak di buang memang amik masa nak baik. Paling lama pon 3 minggu...gulppppp...lama tu, maknanya aku pon kena EL selama tu gak lah...haihhhh...tu kalau tak buang lah kan. Kalau dah buang selaput tu, 2-3 hari dah baik. So, kata putusnya...buanglah kan. Tak sanggup dah aku nak nengok mata qahirah.
Saat treatment di buat, jeng..jeng..jeng...Dr bagitau kalau ibu tak sanggup nak tengok, janganlah tengok. Memang aku tak sanggup nak tengok pon. Dr cakap lagi memang menyakitkan sket sebab nak cuci and buang selaput tu dan mungkin akan berdarah. Uuuwwaaaaaa...kesian anak aku. Kecik² lagi nah kena lalui benda nih. Memula dr. titiskan ubat tahan sakit kat mata Qahirah. Nurse pegang kaki dan tangan. Anak dara tu dah melalak-lalak dah. Bila dr. cuci jer mata dia...ya allah...terjerit², melalak-lalak melepaskan geram...aduhhh...luluh hati aku dengar. Nak menangis tapi air mata tak keluar. Dekat 10 minit gak dr buat treatment tu. Hubby aku tengok pon ngeri. Kalau dia kena pon rasa tak sanggup nak buat.
Tapi alhamdulillah...lepas cuci, pastu pujuk² sket, anak dara ni dah calm. Dah senyum². Kira kuat gak stamina Qahirah nih. Pastu dr cakap jangan terkejut kalau qahirah nangis mungkin akan keluar darah sket kesan dari cuci mata tu. Memang anak aku menangis AIR MATA BRDARAH uolss. Tapi tak der pekat darahnya, cair² jer.
Balik dari spital trus gi umah mak. Syahdu mak aku tengok cucu dia sakit mata. Sepet sebelah. Esok nya mak aku sapu mata qahirah ngan air dari masjid. Air ni air doa dan selawat syifa'...ayat² al-quran kan penyembuh segala penyakit ☺☺..biasalah...org tua kan. Masuk hari ketiga lepas treatment tu mata qahirah dah ok. Bangun pagi pon tak der lah bertahi dan berair macam sebelum nih. Tspi still sepet sebelah.
Hari selasa baru nih buat follow up. Dr cakap dah ok, cuma selaput kat belah bawah tu ada sket pastu tak perlu cuci, nanti hilang sendiri. just continued bagi ubat mata. Pheewwwwww...lega tak payah cuci. Tapi mata anak dara nih jadi sepet sebelah. Aku tanya gak dr mata memang akan sepet ker. Pastu dr cakap memang akan sepet, tapi nanti akan jadi normal, cuma amik masa sket. Sepet pon sepet lah nak oiiiii...janji mata kamu dah sembuh.
Di sini ada info pasal SAKIT MATA