Itu lah punca nya kenapa tetiba aku jadi SURIRUMAH SEPENUH MASA minggu lepas. Qahirah kena sakit mata. Kesian sangat tengok, sepet jer sebelah masa kanan. Ada masa tak bley bukak mata sebelah tu. Dah macam Qahirah Jack Sparrow plak.
Sakit² mata pon selera macam biasa gak, yer lah..sakit mata, bukannya sakit tekak. Apa lah ibu nih ☺☺☺
Startnya isnin aritu. Matanya nampak berair and bertahi. AKu ingatkan panas dalam ker kan. Iyer lah...cuaca skang kan panas berbahang. Ada gak titik air susu ibu kat mata, orang kata penawar gak tu. Pastu petang selasa tu masa amik kat nursery nampak macam mata dah mula merah dan sepet sket. Malam tu gak bawak gi klinik. Dr bagi ubat gatal ngan ubat titik mata. Esoknya memang tak bley nak gi keja lah kan, berjangkit plak nanti.
Kesian sangat². Kelopak mata atas ngan bawah dah nampak bengkak and merah. Tahi mata banyak pastu mata berair...meleleh macam air mata jer gamaknya. memang syahdu lah tengok time tu. Setiap kali menyusu aku berdoa 'Ya allah...sembuhkanlah mata anak ku cepat². Kalau boleh di pindahkan sakit mata ni ko pindahkan lah kat aku'. Memang tak sanggup nak tengok mata anak dara nih uols. Bangun pagi² aku kena lap dulu mata dia, klo tak memang tak bley bukak.
Masuk hari khamis, macam tu gak mata qahirah. Tak der perubahan. Hubby amik EL. Gi klinik mintak GL, nak refer kat paed plak. Tapi kan...kat GL tu dr refer kat Pakar Mata, tak boleh lah nak jumpa pakar kanak². Adoiiiii...Dr. pakar mata ada hari Jumaat plak, pukul 8.00-9.00 pm. Dari Az-Zahrah gi An-Nur plak klo ada Dr. Pakar Mata untuk hari tu. Hampa...nan ado gak. Hari isnin baru ada pakar mata. Huhuhuhu...aku dah nak nangis dah. yer lah, mata anak dara ni dah bengkak, klo boleh tak nak tunggu esok. Balik rumah dengan hampanya.
Tapi alhamdulillah...setakat hari nih, aku..hubby and Iman bebas dari terkena jangkitan mata...na'uzubillah...qahirah pon tak der lah meragam, active macam biasa. Cuma susah sket nak bagi ubat titk mata tu. Melalak²...pedih agaknya.
Tiba hari appointment ngan pakar mata lega sket rasa. Tapi kan...yang kesiannya masa dr buat treatment kat mata qahirah. Aku tak sanggup nak tengok...memang agak mengerikan bagi aku bila dr buat treatment untuk baby 7 bulan macam tu. Iyer lah...nak cepat elok kan. Kalau aku citer mesti uols rasa meremang. Hubby yang tengok pon dok asyik cengkam² kaki...huhuhuhu...Treatment macam mana tu? Next enry eh ☺☺☺