Pesan kat PENGASUH/NURSERY, TOLONG jangan bagi BABY bawah 6 Bulan makan tanpa kebenaran PARENTS yer
Aku Wednesday, April 27, 2011Perghhhhh...tajuk sket punya panjang...hehehehe...Ni nak kongsikan citer nih. Kalau uols nak hantar anak kat pengasuh atau Nursery, silalah pesan elok² kat pengasuh/nursery tu tolong jagan bagi baby bawah 6 bulan makan tanpa kebenaran parents sendiri. Yer lah kan, kekadang klo baby tu nangis jer kata lapar, tak cukup susu pastu sesuka hati buat bubur bagi baby makan. AKu ada gak dengar citer macam tu.
Ni masa tengah lepak kat KIM, terbaca satu status nih yang baby kawan dia yang berumur 4 bulan masuk ICU gara² pengasuh bagi baby nih makan secara sorok² tanpa pengetahuan parents. Kesian betul baby tu, tak pasal² masuk spital di sebabkan pengasuh.
Kalau nak ikutkan, baby yang minum Formula Milk, 5 bulan dah boleh makan. Kalau Fully Breastfeeding, 6 bulan baru bley makan. Status terkini baby tu, alhamdulillah...klo tak silap aku dah keluar spital. Tak sempat nak print screen. Aku masa memula hantar Qahirah kat nursery awal² aku dah pesan jangan bagi makan sebab belum 6 bulan lagi cuma bagi susu ibu jer.
Itu lah citer nya uols.
Hhhhmmmm...apa punya keywords lah. Tak der menda lain ker nak cari...adoiiii...
Macam mana lah citer 'Budak Sekolah Kangkang' bley masuk kat blog aku nih. Kalau citer 'Hisap Tetek' tu, biasalah kan sebab aku Breastfeeding Mom...muahahahaha....'Katak Goreng', nak cari resipi gamaknya, aku tak pernah plak masak katak, eeeuuuwwwwww...citer pasal kaki katak dalam makanan ada lah.
Haihhhhh...macam² keywords kan.
Marah kejut solat Subuh
Source: myMetro
AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.
Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.
“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.
“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.
Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.
“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.
Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.
“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.
“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.
Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.
Source: myMetro