Komuniti Blogger terkini...cewahhhh...Orang lain dah lama join, tapi aku baru terhegeh² nak join. FaceBlog tu apa? Ini jawapannya.
"TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA."
Kalau belom join, meh ler join ramai², menambahkan kenalan alam maya ^_^. Silalah lawati FaceBlog untuk lebih lanjut. Mekasih ^_^
Salam pagi Rabu semua.
Dah breakfast? Aku blom lagi. Sampai² trus bukak blog, nak citer pasal pagi ni. As per title above, memang seriau sket pagi nih bila terserempak ngan pemandu yang merbahaya. Aku pon tak tau lah yang pemandu tu MABUK atau MENGANTUK.
Dari side mirror tepi aku dah perasan kereta TOYOTA MURANO ni macam terhuyung hayang jer. Kejap² dia masuk lane kiri pastu ke lane kanan plak. Masa dia potong keta aku tu tayar dia dah masuk sikit garisan kat lane tengah...eeeuuuwwwww...seram. Pastu bley plak memandu kat tengah² garisan. Aku yang memandu kat belakang kereta nih dah jadi cuak..takut.. menggelabah. Mana tak nya, kereta dia terhuyung hayang macam orang yang tengah mabuk.
Sebelum apa² terjadi, aku jarakkan kenderaan dengan jarak yang selamat, ada peluang...aku pecut. Dari side mirror tu aku perhatikan lagi kereta tu. Memang orang yang memandu tu ada masalah. Sama ada dia mengantuk atau pon dia mabuk. Oh ya...pemandu nih seorang Lelaki.
Serious...takut aku dan kalau boleh tak nak terserempak dengan pemandu macam nih. Bukan jer merbahayakan nyawa sendiri, nyawa orang lain pon bley terlibat sama.
Hanya doa jer yang aku mohon hari² padaNYA supaya perjalanan pergi dan balik dari office sentiasa di lindungi olehNYA.