LONDON: Saintis sudah mencipta ternakan yang diubah secara genetik yang menghasilkan susu 'manusia' dalam cubaan menjadikan susu lembu lebih berkhasiat.
Saintis memperkenalkan gen manusia ke dalam 300 lembu tenusu untuk menghasilkan susu dengan khasiat sama seperti susu ibu.
Susu ibu mengandungi kuantiti tinggi nutrisi penting yang membantu menaikkan sistem pertahanan badan bayi dan mengurangkan risiko jangkitan.
Saintis di balik penyelidikan itu percaya susu dari ternakan lembu yang diubah suai secara genetik mungkin menghasilkan satu alternatif terhadap susu ibu dan susu formula untuk bayi, yang sering dikritik sebagai bermutu rendah.
Mereka berharap produk tenusu diubah secara genetik dari ternakan lembu akan tidak lama lagi dijual di pasar raya.
Hasil kerja itu kemungkinan mencetuskan bantahan terhadap makanan berasaskan pengubahsuaian genetik (GM). Pengkritik teknologi itu dan kumpulan kebajikan haiwan memberi reaksi berang terhadap penyelidikan terbabit, mempersoalkan keselamatan susu daripada haiwan yang diubah suai secara genetik dan kesannya terhadap kesihatan ternakan.
Namun Profesor Ning Li, saintis yang mengetuai penyelidikan dan pengarah Makmal Utama Negeri untuk Bioteknologi Agro di Universiti Pertanian China menegaskan susu GM selamat seperti susu daripada lembu tenusu biasa.
Katanya: "Susu itu berperisa lebih kuat berbanding susu biasa." – Agensi
Source: SINI
Smalam nyer lunch ^_^. Penangan Durian Pancake nyer pasal. Kebetulan baca blog HANIM yang baru makan DP kat Sweetchat. Apalagi...zzasstttt...trus bukak website SC nak nengok kat mana lagi branch SC nih. Yang paling dekat pon kat The Mines lah. Pastu dak CINTA pon teringin nak makan durian, tak dapat durian sebijik, dapat DP pon jadilah.
Puas rasa dapat makan. Sedap...tapi yang kat IKANO tu warna dia lagi kuning. Yang SC nih nampak macam pucat² sikit, tapi tetap sedap.
Pastu makan Baked Mac 'N' Cheese. Sedap...tapi bila dah banyak makan rasa muak, yer lah...cheese kan. So...uols yang teringin nak makan DP bley lah cari kat SweetChat selain dari MV ngan IKANO. Kat Ice Room pon ada gak.
Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci pon tak pulas habis. Dari pukul 8.30 am till 6.00 pm kereta aku berkeadaan macam nih. Ni citer minggu lepas. Kalau aku parking kat tempat lain, memang sah² hilang lah kereta aku. Pencuri nak mencuri pon gelak² syaiton sebab memudahkan kerja mereka nak mencuri. Nasib parking kat office yang 24/7 ada pak guard yang jaga. Kalau tak.....nangis aku.
Aku pon tak perasan macam mana bley tak amik kunci kereta. Ni suma gara² anjing lah nih...pagi² dah sambut aku datang, siap bertenggek kat tepi pintu kereta, dah lah aku allergy ngan anjing. Nak cepat...takut anjing datang lagi, tu yang terus lupa nak amik kunci kereta. Bila nak balik baru perasan, cari² kunci kereta dalam handbag tapi nan ado. Menggelabah gila babi tak hingat di buatnya. Yang aku risau takut pintu tu automatic lock, nasib tak...klo tak jenuh nak mengumpil.
Haihhhhh...makin menjadi² plak penyakit lupa nih. Bahaya batul lah. Ingatkan suami jer careless, rupanya isteri dia lagi careless.