Sebagai tanda sokongan untuk parents arwah baby Adelia, Nizzam dan Fariza.
Drop by dari blog Kak yong. Sangat sedih bila membaca kisah² kematian yang membabitkan bayi. Yang terbaru ada lah baby Adelia. Tak habis² kisah membabitkan kematian bayi tersedak susu di nursery. Sampai bila kita sebagai parents yang terpaksa menghantar anak² di nursery, setiap hari akan memikirkan keselamatan anak...asyik di sajikan dengan berita² tragik nih? Daripada last year until this year, ada jer berita tantang kematian baby di nursery. Sangat menyedihkan bila bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kecuaian pihak yang tak bertanggungjawab.
Untik mengetahui cerita dengan lebih detail, bley baca kat sini:
Ada juga komen dari orang² yang bermulut celupar mempertikaikan kenapa bayi seawal 2 bulan harus di hantar ker nursery? Bagi aku, kalau aku orang KAYA...banyak duit, tak perlulah susah payah aku nak hantar anak kat nursery. Duduk rumah jaga anak 24/7 sehari. Tapi aku bukan orang kaya yang bley goyang kaki, upah maid untuk jaga anak. Aku perlu bekerja untuk bantu suami cari rejeki. Kalau tak bekerja, anak² nak makan apa? Dengan keadaan ekonomi yang semuanya memerlukan DUIT.
Kamu...kamu...dan kamu yang SAHM (Stay at Home MOM) sangat² beruntung kerana boleh melihat tumbesaran anak dan memantau keselamatan anak di depan mata berbanding kami...kami...dan kami yang terpaksa bekerja nih.
Ya Allah...semoga anak² kami yang berada di nursery sentiasa di bawah lindunganMU...amin...