Adoiiiii...pepagi dah bikin panas. Dah tau bawak keta tu tak laju, masuklah lane kiri. Ini di sebabkan sebijik kereta ni berderet² keta beratur kat belakang. Aku nak memotong tak berani sebab pepagi nih keta banyak, follow jer lah sampai jalan clear untuk memecut.
Aku tak der lah expert memandu, pecut memecut sana sini, memandu pon baru nak masuk 4 bulan, tapi ikut kesesuaian lah, klo aku rasa nak berangan sambil memandu, aku bawak slow kat lane kiri, klo aku rasa nak laju ala² memandu kereta formula one, tapi ikut had laju yang di benarkan lah ^_^, aku drive kat lane no. 2 atau lane 3 plak. Tapi kalau drive kat highway, pastu 40km/j kat lane 2, tak ker sakit hati. Kalau jalan kampung boleh lah...haihhhhh...
Tarikh tutup 28hb Februari 2011 tepat jam 12 malam.
Giveaway dari DeeKuntum. Buat pengumpul Firdge Magnet @ FM bley lah join giveaway nih. Aku baru nak berjinak² kumpul FM nih. Tetiba bley jatuh minat plak. Mana ada giveaway yg hadihnya FM aku join. Tapi....nan ado rejekinya nak menang FM...huhuhu...Bilalah nak ada luck nih.
Untuk syarat-syaratnya, bley lah terjah blog Dee yer.
Petang smalam masa amik qaira kat nursery, bebudak pengasuh tu ada bagi tau yang dahi qaira kena gigit semut. Bukan kat dahi jer ada, tapi kat kepala pon ada gak. Dari cara gigitan tu, aku rasa semut api.
Pastu masa dalam kereta, baru aku perasan ada tanda biru² kehijauan beserta ke'purple'an kat dahi qaira. Nak kata besar, tak der lah sangat. Tapi kalau dah bertanda lebam tu, sah² lah dahi qaira terhantuk kan. Kalau aku perasan masa amik tu, aku tanya trus jer.
Pagi nih baru sempat nak tanya. Dorang cakap dorang pon tak perasan, mungkin terhantuk masa qaira meniarap. Erk...tak kan tak der alas kot atau tilam ker.Nak kena bawak tilam sendiri lah gamaknya. Aritu tanya tak yah bawak sebab dah ada. Hhhmmmmm....benda dah nak jadi kan.
Yerlah, ibu mana yang tak risau bila nengok dahi anak lebam even tak sebesar mana pon lebamnya. Lagipon qaira tu baru nak masuk 5 bulan. Bukannya elok kalau kepala bebudak ni terhantuk ker apa ker kan. Kepala lembut lagi. Tu terhantuk yang bertanda, yang tak bertanda plak macam mana?