Adoiiiii...pepagi dah bikin panas. Dah tau bawak keta tu tak laju, masuklah lane kiri. Ini di sebabkan sebijik kereta ni berderet² keta beratur kat belakang. Aku nak memotong tak berani sebab pepagi nih keta banyak, follow jer lah sampai jalan clear untuk memecut.
Aku tak der lah expert memandu, pecut memecut sana sini, memandu pon baru nak masuk 4 bulan, tapi ikut kesesuaian lah, klo aku rasa nak berangan sambil memandu, aku bawak slow kat lane kiri, klo aku rasa nak laju ala² memandu kereta formula one, tapi ikut had laju yang di benarkan lah ^_^, aku drive kat lane no. 2 atau lane 3 plak. Tapi kalau drive kat highway, pastu 40km/j kat lane 2, tak ker sakit hati. Kalau jalan kampung boleh lah...haihhhhh...