Petang smalam masa amik qaira kat nursery, bebudak pengasuh tu ada bagi tau yang dahi qaira kena gigit semut. Bukan kat dahi jer ada, tapi kat kepala pon ada gak. Dari cara gigitan tu, aku rasa semut api.
Pastu masa dalam kereta, baru aku perasan ada tanda biru² kehijauan beserta ke'purple'an kat dahi qaira. Nak kata besar, tak der lah sangat. Tapi kalau dah bertanda lebam tu, sah² lah dahi qaira terhantuk kan. Kalau aku perasan masa amik tu, aku tanya trus jer.
Pagi nih baru sempat nak tanya. Dorang cakap dorang pon tak perasan, mungkin terhantuk masa qaira meniarap. Erk...tak kan tak der alas kot atau tilam ker.Nak kena bawak tilam sendiri lah gamaknya. Aritu tanya tak yah bawak sebab dah ada. Hhhmmmmm....benda dah nak jadi kan.
Yerlah, ibu mana yang tak risau bila nengok dahi anak lebam even tak sebesar mana pon lebamnya. Lagipon qaira tu baru nak masuk 5 bulan. Bukannya elok kalau kepala bebudak ni terhantuk ker apa ker kan. Kepala lembut lagi. Tu terhantuk yang bertanda, yang tak bertanda plak macam mana?