Malam smalam tengok berita TV3, memang makin bergelora kiris kat Mesir nih. Antara perbualan telefon ngan pelajar Malaysia kat sana mengatakan pelajar dari negara lain dah di bawa balik oleh kerajaan negeri masing². Pelajar Malaysia bila lagi? Ada ibu bapa mempertikaikan...takkan nak tunggu keadaan bertambah teruk baru nak bawa balik pelajar? Kerisauan ibu bapa nih juga bertambah bila penempatan pelajar nih dekat sangat dengan penjara. Takutnya...banduan banyak yang terlepas dan berkeliaran kan.
Bukan ibu bapa pelajar jer yang risau, seluruh rakyat malaysia pon risau juga. Semoga pelajar² Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat dan di bawah lindunganNYA.
Info:
Info:
- Keadaan di Mesir terus bergelora selepas ratusan ribu rakyatnya mengadakan perhimpunan raksasa mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.
- Tentera mula berlembut apabila memberi jaminan tidak akan menembak penunjuk perasaan.
- Kebimbangan ibu bapa lebih 10,000 pelajar Malaysia semakin memuncak apabila keselamatan anak mereka di laporkan semakin terancam.
- Pelajar terpaksa bergelap mengelak sasaran penembak curi serta kejadian pecah rumah. Stok makanan dan kad prabayar semakin berkurangan untuk menghubungi keluarga di tanah air.
- Kerajaan putuskan membawa keluar semua pelajar Malaysia di Mesir menerusi laut dan udara selepas keadaan bertambah meruncing.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke?
Kalau nak tau lebih detail pasal krisis sebenar di Mesir, bley basa kat SINI
Alhamdulillah...setelah 3 hari hujan dan mendung, pagi nih matahari sudah mula menampakkan sinarnya. Baju pon dah sebakul penuh. Kalau basuh nanti tak kering plak baju. Baju kalau dah basuh, pastu terpengap tak sidai berbau nanti.
Kali nih banyak juga negeri yang di landa banjir. Simpati gak dengan mangsa² banjir nih. Harta benda sudah semestinya tak dapat di selamatkan lagi kan. Nak kena kemas rumah lagi. Le Tour De Langkawi pon nyaris² di tunda sebab laluan di naiki air, 2 jam sebelum perlumbaan baru lah di putuskan yang laluan sudah di ubah. Nasib lah pihak penganjur.
Aku rasa hujan kali ni macam luar biasa sket. Selalunya kalau pagi hujan petang dah reda. Tapi kali nih, start dari petang sabtu...berterusan sampai pagi isnin, non stop. Hujan rahmat ^_^
.
.
Hadiahnya..Perfume from Body Shop dan FM dari Penang utk 5 lucky no yer.
Jom terjah blog Gieyana ^_^
Tarikh tutup : 20th February 2011, time : 20:02