Alhamdulillah...setelah 3 hari hujan dan mendung, pagi nih matahari sudah mula menampakkan sinarnya. Baju pon dah sebakul penuh. Kalau basuh nanti tak kering plak baju. Baju kalau dah basuh, pastu terpengap tak sidai berbau nanti.
Kali nih banyak juga negeri yang di landa banjir. Simpati gak dengan mangsa² banjir nih. Harta benda sudah semestinya tak dapat di selamatkan lagi kan. Nak kena kemas rumah lagi. Le Tour De Langkawi pon nyaris² di tunda sebab laluan di naiki air, 2 jam sebelum perlumbaan baru lah di putuskan yang laluan sudah di ubah. Nasib lah pihak penganjur.
Aku rasa hujan kali ni macam luar biasa sket. Selalunya kalau pagi hujan petang dah reda. Tapi kali nih, start dari petang sabtu...berterusan sampai pagi isnin, non stop. Hujan rahmat ^_^
.
.