Ibu mana yang sampai hati tengok anak sakit kan. Kita yang dewasa nih kalau batuk pon dah sakit, inikan pulak budak kecik yang baru 4 bulan nih. Tak lena tido di buatnya. Memandangkan batuk yg sangat jahat qaira tak berapa nak surut² even nak dekat seminggu, nak tak nak aku terpaksa bawa qaira gi klinik untuk buat Nebulizer
Budak yg tengah 'high' baru lepas sedut gas...ekekeke...
Aku ada gak bagi ubat, tapi jaranggggg sangat lepas tu aku bagi tak ikut sukatan. Pastu try buat 'Fisio', tapi tak sampai 15 minit dah melalak². Keluar lah jugak kahak tapi sikit jer pastu kat po-po ada nampak macam lendir² sket. Tiap² malam sapu vicks (for children) kat tapak kaki.
Masa buat nebulizer tu elok jer qaira, tak nangis pon, siap sengih² lagi. Suka gamaknya bila rasa dada tu lapang.
Setakat pagi nih alhamdulillah...batuk dah mula nak beransur pulih. Tak der lah macam aritu...batuk memanjang, kesian sangat sampai aku rasa macam nak jolok jer tekak si qaira nih. Badan pon dah nampak macam susut sket gara² batuk nih.