Batuk, rawatan apa yang sesuai selain bagi ubat batuk untuk bayi bawah 4 bulan?
Aku Tuesday, January 18, 2011Pagi ni sleepy sangat sebab tak cukup tidur. Kesan daripada tak cukup tidur...payung di sangka drawing hanger...sengal. Qaira kena batuk². Dah 3 hari dah. Tapi malam tadi kerap bangun sebab kejap² batuk. Kesian anak dara nan sorang tuh. Nak kata batuk berkahak tak jugak, sebab tak dengar bunyi kahak. Cuma bila bernafas tu ada bunyi macam hidung tersumbat. Tapi tak der pon selsema. Risau jugak. Malam tadi gi klinik, Dr. cakap peparu ok. Dapatlah ubat batuk ngan ubat titis kat hidung.
Kesian dak tembam nih
Kalau boleh aku nak elakkan bagi ubat, sebab baby lagi kan, bukannya elok bagi ubat, tapi hubby dah ajak gi klinik, pergi jer lah. Ni ada info pasal Ubat batuk, selesema tidak sesuai budak bawah 2 tahun
Kalau anak uols batuk macam mana plak? Bagi makan apa? Kalau bagi madu boleh tak? Ada gak dengar pasal teknik 'Fisioteraphy'. Teknik ni sesuai untuk anak² yang menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi dan simptom seakan asma. Nak tau tekniknya, bley baca kat sini Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak
Hhhhmmmm...bley cuba kaedah nih. Teringat masa iman kena 'fisio' dulu gara ² bronchities. Tak tahan bila kena sedut kahak...seksa tu. Balik nih nak try buat kat Qaira.
Hhhhmmmm...bley cuba kaedah nih. Teringat masa iman kena 'fisio' dulu gara ² bronchities. Tak tahan bila kena sedut kahak...seksa tu. Balik nih nak try buat kat Qaira.