Aktiviti aku di pagi hari kalau pintu office tak buka lagi.
Dapat info nih kat blog Cik Mot. Baby nih meninggal sebab lemas tertiarap kat Taska...uuwaaaaa...sedihnya, baby nih baru 2 bulan lebih. Bley gi kat Blog nih, Mieja@Amiizaa2001 sepupu kepada mak baby yang meninggal nih.
Pasal entry Perihal Taska Lagi, aku ada email dekat pengirim nih, ni dia m aklum balas yang aku dapat:
walaikumsalam.
ya. saya take note.
- aduan ke JKM mcm susah nak buat sbb taska tidak berdaftar dgn JKM. Hanya ada berdaftar syarikat/company shj.
- suami mmg dah email aduan ke JKM.
- kejadian ni sy dpt tahu 09.12.2010 - dah jumpe owner taska tanpa tunjuk gambar dan telah plan satu tarikh lain utk bertemu kembali tetapi sehingga ke saat ini 24.12.2010 owner berdolak dalih tidak mahu berjumpa... itu yg saya buntu terus hantar email ke yahoogroups.
- dah cari taska lain - 10.12.2010 saya sudah tidak lagi hantar anak kesitu. taska baru jauh sikit dari rumah dan berdaftar dgn JKM.
saya sedih sgt. depan kita owner ni pijak semut pun tak mati, belakang kita dia buat anak2 mcm tuu..
trima kasih fiza. really appreciate. thankyou. :)
Itu lah jawapan nya. Dia dah pon tukar kan anak dia ker nursery lain. Tapi kesian lah kan dekat nasib budak² yang lain.
Huhuhuhu...horror lah bila dengar kes baby meninggal kat nursery nih. Rasa macam nak berhenti kerja hari nih jugak. Hari senin aritu sempat borak² ngan owner nursery. Aku siap tanya dorang tidokan baby meniarap ker atau terlentang. Jawapannya...dorang tidurkan terlentang & takkan tidokan baby secara meniarap. Lega mak dengar noks.
"Sah, Angelina Memang Anak Watie!" - Respon Abang Ipar Watie Elite
Misc. Wednesday, January 12, 2011Kegagalan pihak media untuk menghubungi Watie Elite berkenaan gosip anak luar nikah yang dipaparkan oleh Melodi Ahad lepas telah terjawab hasil temubual bersama abang ipar kepada Watie. Menurut ManggaOnline, mereka cuba mendapatkan kenyataan Watie, namun gagal setelah segala SMS & panggilan tidak berjawab. Mujur, abang ipar Watie yang dikenali sebagai Aziz diwakilkan untuk menjawab cerita panas tersebut. Rujuk artikel Angelina, Budak Perempuan Laporan Khas Melodi Anak Watie?
OHBULAN! difahamkan, gadis remaja yang keluar di Melodi tempoh hari memang anak Watie, tetapi bukan dilahirkan secara haram. 15 tahun lalu, Watie pernah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan. Eh, tak tahu pula kan?
Angelina, telah dibela oleh keluarga angkat, iaitu abang kepada bekas suami yang kini menetap di Johor. Watie banyak kali mencuba untuk berjumpa dengan Angelina, namun telah dihalang oleh keluarga angkat.
Menurut respon abang ipar Watie, pendedahan yang dipaparkan di Melodi memang telah dirancang oleh keluarga angkat Angelina. Ibu angkat Angelina kini bergelar ibu tunggal dan amat memerlukan wang kerana mereka sekeluarga susah, semuanya bermotifkan duit! Namun, setelah gagal mendapatkan wang daripada Watie, mereka bertindak melakukan pendedahan ini untuk memalukan Watie.
Watie kini masih dalam keadaan terkejut dan malu apabila berita mengaitkan dia mempunyai anak luar nikah. Buat masa ini, dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.
Kredit penuh berita buat ManggaOnline.