Dapat info nih kat blog Cik Mot. Baby nih meninggal sebab lemas tertiarap kat Taska...uuwaaaaa...sedihnya, baby nih baru 2 bulan lebih. Bley gi kat Blog nih, Mieja@Amiizaa2001 sepupu kepada mak baby yang meninggal nih.
Pasal entry Perihal Taska Lagi, aku ada email dekat pengirim nih, ni dia m aklum balas yang aku dapat:
walaikumsalam.
ya. saya take note.
- aduan ke JKM mcm susah nak buat sbb taska tidak berdaftar dgn JKM. Hanya ada berdaftar syarikat/company shj.
- suami mmg dah email aduan ke JKM.
- kejadian ni sy dpt tahu 09.12.2010 - dah jumpe owner taska tanpa tunjuk gambar dan telah plan satu tarikh lain utk bertemu kembali tetapi sehingga ke saat ini 24.12.2010 owner berdolak dalih tidak mahu berjumpa... itu yg saya buntu terus hantar email ke yahoogroups.
- dah cari taska lain - 10.12.2010 saya sudah tidak lagi hantar anak kesitu. taska baru jauh sikit dari rumah dan berdaftar dgn JKM.
saya sedih sgt. depan kita owner ni pijak semut pun tak mati, belakang kita dia buat anak2 mcm tuu..
trima kasih fiza. really appreciate. thankyou. :)
Itu lah jawapan nya. Dia dah pon tukar kan anak dia ker nursery lain. Tapi kesian lah kan dekat nasib budak² yang lain.
Huhuhuhu...horror lah bila dengar kes baby meninggal kat nursery nih. Rasa macam nak berhenti kerja hari nih jugak. Hari senin aritu sempat borak² ngan owner nursery. Aku siap tanya dorang tidokan baby meniarap ker atau terlentang. Jawapannya...dorang tidurkan terlentang & takkan tidokan baby secara meniarap. Lega mak dengar noks.