Renungan Pagi Jumaat...(^_^)
South Africa Isnin 6 September 2010:
South Africa Isnin 6 September 2010:
Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.
Jamie Rooney, 38, bersama pelancong² lain dalam perjalanan daro melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam peristiwa aneh itu. Ulat² bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing² menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama² yang cantik.
Tindakan ulat² bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati² dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah.